Tuesday, March 22, 2016

MENGENALI BULAN - SIRI 139


RIMA REAUMUR
TERUSAN REAUMUR

KATEGORI:
TERUSAN


LOKASI:
RIMA REAUMUR TERLETAK DI SUKUAN TENGGARA PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT RIMA REAUMUR  ADALAH 0.7o  TIMUR SERTA 2.4o  SELATAN. IA BERADA DI KAWASAN KAWAH PTOLEMAEUS (PTOLEMAEUS CRATER REGION).


KELUASAN:
RIMA REAUMUR ADALAH SEBUAH TERUSAN DENGAN KEPANJANGAN 46 km.


ERA PEMBENTUKAN:
RIMA REAUMUR TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN  IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.


CIRI-CIRI:
RIMA REAUMUR ADALAH SEBUAH TERUSAN  YANG SEMPIT DENGAN ARAH ALIRAN DARI TENGGARA MENUJU KE ARAH BARAT-LAUT DENGAN KEDUDUKANNYA BERADA DI BAHAGIAN TIMUR TEBING KAWAH REAUMUR.


PEMERHATIAN:
RIMA REAUMUR MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA SUKU PERTAMA  (FIRST QUARTER)  HINGGA ENAM HARI SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).


PERALATAN:
UNTUK MENCERAP RIMA REAUMUR, REFLECTOR  BERKUASA 300 mm DIPERLUKAN.


PENEROKAAN:
TIDAK ADA PENEROKAAN YANG PERNAH DILAKUKAN DI RIMA REAUMUR.


PENGHORMATAN:
RIMA REAUMUR DINAMAKAN SEMPENA RENE ANTOINE FERCHAUD de REAUMUR  IAITU SEORANG BANGSA PERANCHIS PADA KURUN KE 18. BELIAU DILAHIRKAN PADA 28hb FEBRUARI, 1683 DI La ROCHELLE, PERANCHIS  DAN MENINGGAL DUNIA PADA 17hb OKTOBER, 1757 DI ST. JULIEN du TERROUX,PERANCHIS. REAUMUR MENJADI AHLI KEPADA AKADEMI SAINS PADA TAHUN 1708. BELIAU MERUPAKAN PENCIPTA JANGKA SUHU MENGGUNAKAN ALKOHOL PADA TAHUN 1730. SELAIN ITU, BELIAU JUGA TELAH MELAKUKAN PELBAGAI KAJIAN TENTANG BINATANG DAN JUGA MENGENAI LOGAM ALOI.




SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:

                 CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                           atau
                 KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

No comments:

Post a Comment