CALDWELL 4
C4 (NGC 7023)
BURUJ:
CEPHEUS
KELAS:
NEBULA PANTULAN
(REFLECTION NEBULA)
LOKASI:
21h 01m 36s
+68o 09' 48"
JARAK:
1,300 TAHUN CAHAYA
SAIZ:
18.0' x 18.0' (arcminute)
MAGNITUD:
+6.8
INFO:
CALDWELL CATALOGUE ATAU KATALOG CALDWELL ADALAH SEBUAH KATALOG ASTRONOMI YANG MENGANDUNGI SEBANYAK 109 BUAH OBJEK YANG TERDIRI DARIPADA KLUSTER BINTANG-BINTANG, NEBULA DAN JUGA GALAKSI UNTUK PEMERHATIAN BAGI ASTRONOMI AMATUR. SENARAI INI TELAH DIHIMPUNKAN OLEH PATRICK MOORE SEBAGAI USAHA PELENGKAP KEPADA MESSIER CATALOGUE ATAU KATALOG MESSIER. MOORE MENGGUNAKAN NAMA KELUARGA (SURNAME) - CALDWELL - KEPADA NAMA SENARAI KATALOGNYA, MEMANDANGKAN ABJAD 'M' TELAH DIGUNAKAN KEPADA "MESSIER CATALOGUE". MAKA, KATALOG CALDWELL DIMULAKAN DENGAN HURUF 'C'.
C4 TELAH DITEMUI OLEH WILLIAM HERSCHEL PADA 8hb OKTOBER, 1794. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI "IRIS NEBULA" KERANA IA MENYERUPAI SE KUNTUM BUNGA LILI. IANYA TERDIRI DARIPADA AWAN 'INTERSTELLAR' IAITU DEBU-DEBU DAN GAS-GAS YANG MENGEMBANG DI PERSEKITARAN KAWASAN YANG DIPENUHI DENGAN BINTANG-BINTANG. PANTULAN CAHAYA DARI BINTANG-BINTANG DI SEKELILING AWAN 'INTERSTELLAR' MENYAKSIKAN PELBAGAI WARNA DAN SIMETRI YANG SUNGGUH LENGKAP. DEBU-DEBU DAN GAS-GAS TERSEBUT MENGELILINGI BINTANG YANG PANAS DAN 'MUDA' (YOUNG). WARNA YANG MENJADI WARNA UTAMA ADALAH WARNA BIRU, YANG MANA MENJADIKAN CIRI BUTIRAN DEBU-DEBU MEMANTULKAN CAHAYA DARI BINTANG-BINTANG DI SEKELILING.
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment