Tuesday, March 8, 2016

OBJEK DI LANGIT - SIRI 116


CALDWELL 6
C6 (NGC 6543)



BURUJ:
DRACO

KELAS:
NEBULA PLANETARI
(PLANETARY NEBULA)

LOKASI:
17h 58m 33.4s
+66o 37' 59"

JARAK:
3,000 TAHUN CAHAYA

SAIZ:
20.0" (arcsecond) CORE

MAGNITUD:
+9.0

INFO:
CALDWELL CATALOGUE  ATAU KATALOG CALDWELL  ADALAH SEBUAH KATALOG ASTRONOMI YANG MENGANDUNGI  SEBANYAK 109 BUAH OBJEK YANG TERDIRI DARIPADA KLUSTER BINTANG-BINTANG, NEBULA DAN JUGA GALAKSI UNTUK PEMERHATIAN BAGI ASTRONOMI AMATUR. SENARAI INI TELAH DIHIMPUNKAN OLEH PATRICK MOORE  SEBAGAI USAHA PELENGKAP KEPADA MESSIER CATALOGUE  ATAU KATALOG MESSIERMOORE MENGGUNAKAN NAMA KELUARGA (SURNAME) - CALDWELL - KEPADA NAMA SENARAI KATALOGNYA, MEMANDANGKAN ABJAD 'M'  TELAH DIGUNAKAN KEPADA "MESSIER CATALOGUE".  MAKA, KATALOG CALDWELL  DIMULAKAN DENGAN HURUF 'C'

C6 TELAH DITEMUI OLEH WILLIAM HERSCHEL  PADA 15hb FEBRUARI, 1786. IANYA MERUPAKAN SEBUAH NEBULA YANG BERCIRIKAN GAS SECARA SEMULAJADI. STRUKTUR ATAU RANGKA PEMBENTUKAN C6 TERDIRI DARIPADA 'SIMPULAN' (KNOTS),  'PANCUTAN' ATAU 'SEMBURAN' GAS (JETS),  'BUIH' ATAU 'GELEMBUNG' (BUBBLES)  DAN JUGA 'LENGKUNGAN' (ARCS)  YANG RUMIT YANG DITERANGI OLEH 'TERAS' NUKLEUR YANG AMAT PANAS. SELAIN ITU, C6 JUGA DIKENALI SEBAGAI "THE CAT'S EYE NEBULA"  DAN JUGA "THE SUNFLOWER NEBULA".









CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM

KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM







No comments:

Post a Comment