BURUJ RETICULUM
ALAT MENGUKUR KEDUDUKAN BINTANG (THE RETICLE)
KATEGORI:
BURUJ
SINGKATAN:
RET
DESKRIPSI:
BURUJ RETICULUM DIGAMBARKAN SEBAGAI SEBUAH ALAT MENGUKUR KEDUDUKAN BINTANG.
KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ RETICULUM TERLETAK DI -53o SELATAN DAN -67o SELATAN SERTA 3h10m DAN 4h35m. BURUJ RETICULUM BERADA DI HEMISFERA SELATAN DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +23o UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -90o SELATAN. BURUJ RETICULUM MEMPUNYAI KELUASAN 114 DARJAH (o) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 82 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ RETICULUM IALAH:
~ DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ DORADO
~ DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ HYDRUS
~ DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ HOROLOGIUM
~ DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT BURUJ HOROLOGIUM
BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)
BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ RETICULUM:
~ BINTANG ZETA MERUPAKAN SEBUAH BINTANG BINARI VISUAL (VISUAL BINARY) YANG JAUH (WIDE) DARI KOMPANINYA (COMPANION) YANG BERMAGNITUD +5.5. "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA-DUA BINTANG IALAH 222o DAN "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION - SEP) ADALAH 130". KEDUA-DUA BINTANG BERWARNA KUNING.
~ BINTANG THETA MERUPAKAN SEBUAH BINTANG BINARI DENGAN KOMPANI BERMAGNITUD +8.0; P.A PADA 4o DAN SEP PADA 4.1".
BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BINTANG VARIABLE DI DALAM BURUJ RETICULUM:
~ BINTANG GAMMA DIKELASKAN DALAM KATEGORI "SEMI-REGULAR TYPE VARIABLE" DAN MAGNITUD BINTANG GAMMA BERUBAH DARI MAGNITUD +4.42 KE MAGNITUD +4.64 DALAM JANGKA MASA 25 HARI.
PEMERHATIAN:
BURUJ RETICULUM DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~ DALAM BULAN OKTOBER PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~ DALAM BULAN NOVEMBER PADA PUKUL 11 MALAM
~ DALAM BULAN DISEMBER PADA PUKUL 10 MALAM
~ DALAM BULAN JANUARI PADA PUKUL 9 MALAM
~ DALAM BULAN FEBRUARI PADA PUKUL 8 MALAM
OBJEK 'DEEP SKY':
BURUJ RETICULUM MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEP SKY' YANG MENARIK.
~ NGC1559 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG BESAR DAN BERCAHAYA DALAM KEDUDUKAN MENGHADAP (FACE-ON) BUMI. NGC1559 BERMAGNITUD +10.60 DENGAN KECERAHAN (BRIGHTNESS) +12.60. IANYA BERADA 60 JUTA TAHUN CAHAYA DARI BUMI.
~ NGC1313 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI YANG BERMAGNITUD +8.70 DENGAN KECERAHAN +13.10. IA MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI YANG TERHASIL DARI 'LETUSAN' GALAKSI (STARBURST GALAXY) SERTA BERADA 15 JUTA TAHUN CAHAYA DARI BUMI.
~ NGC1543 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BUJUR (LENTICULAR GALAXY) DENGAN MAGNITUD +10.5 SERTA MEMPUNYAI GEGELANG 'LUARAN' (OUTER RING). JARAKNYA ADALAH 55 JUTA TAHUN CAHAYA DARI BUMI.
~ NGC1574 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BUJUR (LENTICULAR GALAXY) DENGAN MAGNITUD +10.0. JARAKNYA DARI BUMI ADALAH 50 JUTA TAHUN CAHAYA. IANYA BERKEDUDUKAN MENGHADAP BUMI (FACE-ON).
~ IC2056 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR DENGAN MAGNITUD +11.8. JARAKNYA DARI BUMI ADALAH 66.8 JUTA TAHUN CAHAYA. IA BERKEDUDUKAN MENGHADAP BUMI (FACE-ON).
HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ RETICULUM TIDAK MENGHASILKAN SEBARANG HUJAN METEOR (METEOR SHOWER)
SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment