Tuesday, March 1, 2016

MENGENALI BULAN - SIRI 136


RIMA CLEOMEDES
TERUSAN CLEOMEDES

KATEGORI:
TERUSAN


LOKASI:
RIMA CLEOMEDES TERLETAK DI SUKUAN TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT RIMA CLEOMEDES  ADALAH 56.5o  TIMUR SERTA 27.9o  UTARA. IA TERLETAK DI DALAM KAWAH CLEOMEDES  IAITU DI LANTAI KAWAH CLEOMEDES.  IA BERADA DI BAHAGIAN PINGGIR BARAT-LAUT MARE CRISIUM  DAN DI BAHAGIAN BARAT MARE ANGUIS.


KELUASAN:
RIMA CLEOMEDES ADALAH SEBUAH TERUSAN DENGAN KEPANJANGAN 60 km.


ERA PEMBENTUKAN:
RIMA CLEOMEDES TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN  IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.


CIRI-CIRI:
RIMA CLEOMEDES ADALAH SEBUAH TERUSAN  YANG TERLETAK DI DALAM KAWAH CLEOMEDES.  RIMA CLEOMEDES MENGALIR DARI ARAH TENGGARA KE BARAT-LAUT. IA BERBENTUK 'Y' DENGAN SATU CABANG ALIRAN BERAKHIR DI UTARA 'CRATERLET' CLEOMEDES J


PEMERHATIAN:
RIMA CLEOMEDES MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KE TIGA SELEPAS BULAN BAHARU  (NEW MOON)  HINGGA DUA HARI SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).


PERALATAN:
UNTUK MENCERAP RIMA CLEOMEDES, REFLECTOR  BERKUASA 200 mm DIPERLUKAN.


PENEROKAAN:
TIDAK ADA PENEROKAAN YANG PERNAH DILAKUKAN DI RIMA CLEOMEDES.


PENGHORMATAN:
RIMA CLEOMEDES DINAMAKAN SEMPENA CLEOMEDE  IAITU SEORANG AHLI ASTRONOMI BANGSA GREEK  PADA KURUN KE DUA SEBELUM MASIHI (B.C).  BELIAU DILAHIRKAN PADA TAHUN 150 SEBELUM MASIHI (av JC) (B.C). CLEOMEDE  MERUPAKAN PENULIS BUKU-BUKU MENGENAI ASTRONOMI TERMASUK BUKU BERJUDUL 'THEORY OF CIRCULAR MOVEMENTS OF CELESTIAL BODIES'.




SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:

                 CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                           atau
                 KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

No comments:

Post a Comment