Tuesday, March 29, 2016

OBJEK DI LANGIT - SIRI 122


CALDWELL 12
C12 (NGC  6946)


BURUJ:
CEPHEUS

KELAS:
GALAKSI BERPUTAR
(SPIRAL GALAXY)

LOKASI:
20h 34m 52s
+60o 09' 14"

JARAK:
18 JUTA TAHUN CAHAYA

SAIZ:
11.5'  x 8.8' (arcminute) 

MAGNITUD:
+9.6

INFO:
CALDWELL CATALOGUE  ATAU KATALOG CALDWELL  ADALAH SEBUAH KATALOG ASTRONOMI YANG MENGANDUNGI  SEBANYAK 109 BUAH OBJEK YANG TERDIRI DARIPADA KLUSTER BINTANG-BINTANG, NEBULA DAN JUGA GALAKSI UNTUK PEMERHATIAN BAGI ASTRONOMI AMATUR. SENARAI INI TELAH DIHIMPUNKAN OLEH PATRICK MOORE  SEBAGAI USAHA PELENGKAP KEPADA MESSIER CATALOGUE  ATAU KATALOG MESSIERMOORE MENGGUNAKAN NAMA KELUARGA (SURNAME) - CALDWELL - KEPADA NAMA SENARAI KATALOGNYA, MEMANDANGKAN ABJAD 'M'  TELAH DIGUNAKAN KEPADA "MESSIER CATALOGUE".  MAKA, KATALOG CALDWELL  DIMULAKAN DENGAN HURUF 'C'

C12 TELAH DITEMUI OLEH WILLIAM HERSCHEL  PADA 9hb SEPTEMBER, 1798. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI "THE FIREWORKS GALAXY"  (GALAKSI BUNGA API). IA KELIHATAN SAMAR-SAMAR ATAU KABUR DISEBABKAN OLEH HALANGAN DARIPADA GAS SERTA DEBU YANG BERADA DIHADAPANNYA DILIHAT DARI BUMI. TERDAPAT SEMBILAN BUAH 'SUPERNOVA' DI DALAM C12 IAITU SN1917A,  SN1939C,  SN1948B, SN1968D,  SN1969P,  SN1980K,  SN2002hh,  SN2004et,  SERTA SN2008S.  C12 MEMPUNYAI 'LENGAN BERPUTAR' (SPIRAL ARMS)  YANG TERBENTUK DARIPADA GAS SERTA DEBU SEPERTI MANA GALAKSI BIMA SAKTI (MILKY WAY GALAXY).









CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM

KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM







MENGENALI BULAN - SIRI 140


RIMA HERIGONIUS
TERUSAN HERIGONIUS

KATEGORI:
TERUSAN


LOKASI:
RIMA HERIGONIUS TERLETAK DI SUKUAN TENGGARA PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT RIMA HERIGONIUS  ADALAH 37.0o  BARAT SERTA 13.0o  SELATAN. IA BERADA DI BAHAGIAN TENGGARA OCEANUS PROCELLARUM.


KELUASAN:
RIMA HERIGONIUS ADALAH SEBUAH TERUSAN DENGAN KEPANJANGAN 104 km.


ERA PEMBENTUKAN:
RIMA HERIGONIUS TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN  IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.


CIRI-CIRI:
RIMA HERIGONIUS ADALAH SEBUAH TERUSAN  YANG SEMPIT SERTA BERBELOK-BELOK DENGAN ARAH ALIRAN DARI UTARA MENUJU KE ARAH SELATAN DENGAN RIMA HERIGONIUS BERMULA DARI DORSA EWING.


PEMERHATIAN:
RIMA HERIGONIUS MEMPUNYAI FORMASI YANG TIDAK MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KE TIGA SELEPAS SUKU PERTAMA  (FIRST QUARTER)  HINGGA DUA HARI SELEPAS SUKU TERAKHIR (LAST QUARTER).


PERALATAN:
UNTUK MENCERAP RIMA HERIGONIUS, REFLECTOR  BERKUASA 500 mm DIPERLUKAN.


PENEROKAAN:
TIDAK ADA PENEROKAAN YANG PERNAH DILAKUKAN DI RIMA HERIGONIUS.


PENGHORMATAN:
RIMA HERIGONIUS DINAMAKAN SEMPENA PIERRE HERIGONE  IAITU SEORANG AHLI MATHEMATIC DAN AHLI ASTRONOMI BANGSA PERANCHIS PADA KURUN KE 17.  BELIAU DILAHIRKAN DI PERANCHIS  DALAM TAHUN 1580 DAN MENINGGAL DUNIA DALAM TAHUN 1643. HERIGONE  MERUPAKAN PENGARANG BUKU BERJUDUL "THE THEORY ON THE MOVEMENT OF PLANETS"  (THEORI MENGENAI PERGERAKAN PLANET-PLANET).



SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:

                 CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                           atau
                 KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM