"...SESUNGGUHNYA TUHANMU MENGETAHUI BAHAWASANYA KAMU BERDIRI (SEMBAHYANG) KURANG DARI DUA PERTIGA MALAM, ATAU SEPERDUA MALAM ATAU SEPERTIGANYA DAN (DEMIKIAN PULA) SEGOLONGAN DARI ORANG-ORANG YANG BERSAMA KAMU. DAN ALLAH MENETAPKAN UKURAN MALAM DAN SIANG. ALLAH MENGETAHUI BAHAWA KAMU SEKALI-KALI TIDAK DAPAT MENENTUKAN BATAS-BATAS WAKTU-WAKTU ITU, MAKA DIA MEMBERI KERINGANAN KEPADAMU, KERANA ITU BACALAH APA YANG MUDAH (BAGIMU) DARI AL QURAAN. DIA MENGETAHUI BAHAWA AKAN ADA DI ANTARA KAMU ORANG-ORANG YANG SAKIT DAN ORANG-ORANG YANG BERJALAN DI MUKA BUMI MENCARI SEBAHAGIAN KURNIA ALLAH; DAN ORANG-ORANG YANG LAIN LAGI YANG BERPERANG DI JALAN ALLAH, MAKA BACALAH APA YANG MUDAH (BAGIMU) DARI AL QURAAN DAN DIRIKANLAH SEMBAHYANG, TUNAIKANLAH ZAKAT DAN BERIKANLAH PINJAMAN KEPADA ALLAH PINJAMAN YANG BAIK. DAN KEBAIKAN APA SAHAJA YANG KAMU PERBUAT UNTUK DIRIMU NESCAYA KAMU MEMPEROLEH (BALASAN)NYA DI SISI ALLAH SEBAGAI BALASAN YANG PALING BAIK DAN YANG PALING BESAR PAHALANYA. DAN MOHONLAH AMPUNAN KEPADA ALLAH; SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG..."
SURAH AL MUZZAMMIL (ORANG YANG BERSELIMUT), JUZUK 29, AYAT 20
No comments:
Post a Comment