BURUJ ERIDANUS
SUNGAI (THE RIVER)
KATEGORI:
BURUJ
SINGKATAN:
ERI
DESKRIPSI:
BURUJ ERIDANUS DIGAMBARKAN SEBAGAI SEBUAH SUNGAI YANG MENGALIR DARI UTARA BERHAMPIRAN DENGAN BURUJ ORION HINGGA KE SELATAN KE BURUJ HYDRUS, BURUJ TUCANA DAN BURUJ PHOENIX. MENURUT YUNANI PURBA, BURUJ ERIDANUS INI MENGAMBIL SEMPENA NAMA SUNGAI PO DI ITALI. DALAM BAHASA SANSKRIT, BURUJ ERIDANUS DIPANGGIL "SROTASWINI" YANG BERMAKSUD 'SUNGAI', 'ARUS', DAN 'DERAS DAN HEBAT'. SELAIN ITU, BURUJ ERIDANUS DIKAITKAN DENGAN MITOS PHAETON DI MANA BURUJ ERIDANUS DIGAMBARKAN SEBAGAI SUNGAI YANG MENGALIR DARI AIR YANG DICURAHKAN DARI BURUJ AQUARIUS.
KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ ERIDANUS TERLETAK DI 0O DAN -58O SELATAN SERTA 1h22m DAN 5h10m. BURUJ ERIDANUS BERADA DI HEMISFERA SELATAN DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +32O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -90O SELATAN. BURUJ ERIDANUS MEMPUNYAI KELUASAN 1138 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 6 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ ERIDANUS IALAH:
~ DI BAHAGAIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ LEPUS DAN BURUJ CAELUM
~ DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ TUCANA, BURUJ HOROLOGIUM DAN BURUJ HYDRUS
~ DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ FORNAX, BURUJ PHOENIX DAN BURUJ CETUS
~ DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT PULA BURUJ TAURUS DAN BURUJ ORION
BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ ERIDANUS:
~ BINTANG THETA1 DAN BINTANG THETA2 MEMBENTUK SATU BINARI YANG MENARIK DENGAN KOMPANI (COMPANION) NYA ANG BERMAGNITUD +4.5. KEDUA-DUA BINTANG BERADA PADA "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE -P.A) 88O DAN "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION - SEP) ADALAH 8.2".
~ BINTANG OMICRON2 MERUPAKAN SEBUAH BINARI BERBILANG SISTEM (MULTIPLE BINARY SYSTEM) YANG UNIK. IA MEMPUNYAI KOMPANI B IAITU SEBUAH BINTANG KERDIL (DWARF STAR) BERWARNA PUTIH DENGAN MAGNITUD +9.7: P.A PADA 105O DENGAN SEP PADA 82.8". TETAPI KOMPANI B MEMPUNYAI KOMPANI C YANG MENGORBITNYA SETIAP 252 TAHUN. KOMPANI C JUGA SEBUAH BINTANG KERDIL (DWARF STAR) BERWARNA MERAH BERMAGNITUD +10.8; PADA P.A 337O DAN SEP PADA 9.3". BINTANG KOMPANI B DAN KOMPANI C ADALAH BINARI 'VISUAL'.
BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BEBERAPA BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ ERIDANUS.
~ BINTANG GAMMA DIKELASKAN DALAM KATEGORI "Lb TYPE VARIABLE" DAN MAGNITUD BINTANG GAMMA BERUBAH DARI MAGNITUD +2.88 KE MAGNITUD +2.96.
~ BINTANG DELTA PULA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "RS CVn TYPE VARIABLE" DAN MAGNITUD NYA BERUBAH DARI +3.51 KE +3.56.
~ BINTANG LAMBDA PULA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "BETA CEPHEID TYPE VARIABLE". MAGNITUD BINTANG LAMBDA BERUBAH DARI +4.22 KE +4.34 DALAM JANGKA MASA 16 HARI 50 MINIT.
~ BINTANG NU JUGA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "BETA CEPHEID TYPE VARIABLE" DAN MAGNITUD NYA BERUBAH DARI +3.40 KE 3.60 DALAM JANGKA MASA 4 HARI 16 MINIT.
PEMERHATIAN:
BURUJ ERIDANUS DAPAT DILAHAT DALAM BULAN-BULAN BERIKUT:
~ DALAM BULAN SEPTEMBER PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~ DALAM BULAN OKTOBER PADA PUKUL 11 MALAM
~ DALAM BULAN NOVEMBER PADA PUKUL 10 MALAM
~ DALAM BULAN DISEMBER PADA PUKUL 9 MALAM
~ DALAM BULAN JANUARI PADA PUKUL 8 MALAM
OBJEK 'DEEPSKY':
BURUJ ERIDANUS MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEPSKY' YANG MENARIK.
~ NGC1232 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) DENGAN KEDUDUKAN MENGHADAP BUMI (FACE-ON). IA BERADA 61 JUTA TAHUN CAHAYA DARI BUMI. NGC1232 MEMPUNYAI SEBUAH GALAKSI SATELIT IAITU NGC1232A YANG MEMBERI IMPAK BESAR KEPADA BENTUK YANG TIDAK MENENTU (IRREGULAR) KEPADA NGC1232. NCG1232 MEMPUNYAI 'LENGAN' BERPUTAR (SPIRAL ARMS) YANG BERPUTAR DARI 'TENGAH' GALAKSI. TERDAPAT BANYAK KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTERS) MEMBENTUK BINTIK-BINTIK BIRU DARIPADA BINTANG-BINTANG BERWARNA BIRU BERTABURAN SEPANJANG 'LENGAN-LENGAN' SERTA LORONG-LORONG GELAP (DARK LANES) DIPENUHI DENGAN DEBU-DEBU ANTARA BINTANG (INTERSTELLAR). NGC1232 BERMAGNITUD +9.90 DENGAN KECERAHAN (BRIGHTNESS) +13.90.
~ NGC1300 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG MENARIK. SAIZ NGC1300 LEBIH BESAR SEDIKIT DARI GALAKSI 'MILKY WAY'. IA ADALAH SALAH SATU DARIPADA GALAKSI YANG TERKANDUNGI DALAM 200 GALAKSI YANG MEMBENTUK 'KLUSTER ERIDANUS' (ERIDANUS CLUSTER). NGC1300 BERMAGNITUD +10.40 DENGAN KECERAHAN +13.80. IA BERADA 61.3 JUTA TAHUN CAHAYA DARI BUMI.
~ NGC1407 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BUJUR (ELLIPTICAL GALAXY) YANG BERMAGNITUD +9.70 DENGAN KECERAHAN +12.90. IA ADALAH SALAH SATU DARIPADA 'KLUSTER ERIDANUS' YANG PALING CERAH ANTARA 200 BUAH GALAKSI. NGC1407 ADALAH SEBUAH GALAKSI YANG BESAR (GIANT GALAXY) YANG JUGA DIPANGGIL "SNOWFLAKES GALAXY" KERANA IA TERBENTUK DARIPADA 'TERAS' (CORE) YANG TERDIRI DARIPADA GAS-GAS YANG TELAH 'RUNTUH' (COLLAPSING GAS) YANG MENJADI 'TERAS' DALAMAN (INNER REGION). 'TERAS' INI SETERUSNYA MENJADI SEMAKIN BESAR DENGAN MEMILIKI BINTANG-BINTANG DARI GALAKSI-GALAKSI YANG LEBIH KECIL DI SEKELILINGNYA. KEPUTUSANNYA, NGC1407 MENJADI SEBUAH GALAKSI YANG BESAR DENGAN ANGGARAN LEBIH DARIPADA 10 BILION BIJI BINTANG. IA BERADA 75 JUTA TAHUN CAHAYA DARI BUMI.
~ NGC1187 JUGA SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) DENGAN KEDUDUKAN MENGHADAP BUMI (FACE-ON). IA BERMAGNITUD +11.40 DAN BERADA 60 JUTA TAHUN CAHAYA DARI BUMI. TERDAPAT DUA SUPERNOVA DI DALAM NGC1187 IAITU SN1982R DAN SN2007Y.
~ NGC1234 JUGA SALAH SATU DARIPADA GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ ERIDANUS. IA BERMAGNITUD +14.20 SERTA MEMPUNYAI 'LENGAN' BERPUTAR (SPIRAL ARMS).
~ NGC1532 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG BERHUBUNGAN DENGAN SEBUAH GALAKSI KERDIL (DWARF GALAXY) IAITU NGC1531 SEBAGAI 'KOMPANI' (COMPANION). NGC1532 BERMAGNITUD +9.90 DENGAN KECERAHAN +13.80, MANAKALA NGC1531 BERMAGNITUD +12.90. NGC1532 BERADA 70 JUTA TAHUN CAHAYA DAN KEDUDUKAN 'SISI' (EDGE-ON) DARI BUMI. NGC1531 BERADA DI ATAS NGC1532.
~ NGC1535 MERUPAKAN SEBUAH NEBULA PLANETARI (PLANETARY NEBULA) YANG MEMPUNYAI STRUKTUR DAN WARNA YANG SAMA DENGAN 'THE ESKIMO NEBULA' DALAM BURUJ GEMINI. KEDUA-DUA OBJEK INI HANYA DIBEZAKAN DENGAN KEADAAN BINTANG DI 'PUSAT' OBJEK YANG SUKAR UNTUK DICERAP. IA BERMAGNITUD +9.50 DAN BERADA 1,500 TAHUN CAHAYA.
~ NGC1309 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG BERSAIZ 3/4 DARI SAIZ 'MILKY WAY'. IA SUNGGUH MENARIK KERANA KEDUDUKANNYA YANG MENGHADAP BUMI (FACE-ON) DENGAN JARAK 120 JUTA TAHUN CAHAYA. NGC1309 MEMPUNYAI 'LENGAN' BERPUTAR (SPIRAL ARMS) YANG MENGANDUNGI KAWASAN YANG CERAH BERWARNA BIRU YANG MERUPAKAN KAWASAN FORMASI BINTANG-BINTANG, MANAKALA DI 'PUSAT' GALAKSI TERDAPAT BINTANG-BINTANG BERWARNA KEKUNINGAN MENGGAMBARKAN BINTANG YANG LEBIH 'MATANG'. TERDAPAT SUPERNOVA SN2002fk DALAN NGC1309. NGC1309 BERMAGNITUD +12.00.
~ NGC1291 JUGA SERING KALI DI SEBUT SEBAGAI NGC1269. IA MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI 'CINCIN' (RING GALAXY) KERANA STRUKTURNYA YANG UNIK DENGAN 'CAKERA' DI LUAR (OUTER RING) DAN 'BAR' DI DALAM (INNER BAR). NGC1291 BERMAGNITUD +9.39 DENGAN JARAK 33 JUTA TAHUN CAHAYA DARI BUMI.
~ IC2118 DIKENALI JUGA SEBAGAI "THE WITCH HEAD NEBULA" YANG TERLETAK BERHAMPIRAN DENGAN BINTANG RIGEL DALAM BURUJ ORION. IA MERUPAKAN SEBUAH NEBULA PANTULAN (REFLECTION NEBULA) YANG AGAK KABUR (FAINT) YANG TERDIRI DARIPADA REJA DAN BEKAS SUPERNOVA YANG AGAK LAMA. ZARAH-ZARAH DEBU MEMANTULKAN CAHAYA BERWARNA BIRU BERBANDING WARNA MERAH MENYEBABKAN IC2118 BERWARNA BIRU. IA BERMAGNITUD +13.00 DAN BERADA 1,000 TAHUN CAHAYA.
HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ ERIDANUS TIDAK MENGHASILKAN HUJAN METEOR (METEOR SHOWER).
SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment