RIMA CONON
TERUSAN CONON
KATEGORI:
TERUSAN
LOKASI:
RIMA CONON TERLETAK DI SUKUAN TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT RIMA CONON ADALAH 2.0o TIMUR SERTA 18.0o UTARA. IA BERADA DI KAWASAN 'MONTES APENNINUS REGION'.
ERA PEMBENTUKAN:
RIMA CONON TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.
CIRI-CIRI:
RIMA CONON ADALAH SEBUAH TERUSAN YANG BERBELOK-BELOK DENGAN ARAH ALIRAN MENGHALA DARI TENGGARA KE BARAT-LAUT SERTA IANYA MERENTASI SINUS FIDEI.
PEMERHATIAN:
RIMA CONON MEMPUNYAI FORMASI YANG AGAK MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA HARI KE ENAM SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).
PENGHORMATAN:
RIMA CONON DINAMAKAN SEMPENA CONON OF SAMOS IAITU SE ORANG AHLI MATHEMATIK DAN AHLI ASTRONOMI GREEK PADA KURUN KE EMPAT SEBELUM MASIHI. CONON DILAHIRKAN DI SAMOS, GREECE PADA TAHUN 300 av JC. BELIAU MERUPAKAN KAWAN RAPAT KEPADA ARCHIMEDE. CONON ADALAH PENCIPTA BURUJ 'THE HAIR OF BERENICES' (COMA BERENICES). BELIAU JUGA TELAH MENULIS 7 BUAH BUKU MENUMPUKAN KE BIDANG ASTRONOMI.
SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment