BURUJ SAGITTA
ANAK PANAH (THE ARROW)
KATEGORI:
BURUJ
SINGKATAN:
SGE
DESKRIPSI:
BURUJ SAGITTA DIGAMBARKAN SEBAGAI ANAK PANAH (ARROW) DI MANA 'SAGITTA' BERMAKNA ANAK PANAH DALAM BAHASA LATIN. MENURUT MITOS YUNANI, IA MEWAKILI ANAK PANAH KEPUNYAAN HERACLES YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBUNUH HELANG (AQUILA) KEPUNYAAN ZEUS YANG DIHANTAR UNTUK MENGEKAH HATI PROMETHEUS. ORANG YUNANI MEMANGGIL BURUJ SAGITTA DENGAN PANGGILAN 'OISTOS'. MANAKALA, ORANG ROM MEMANGGILNYA 'SAGITTA'
KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ SAGITTA TERLETAK DI +16O UTARA DAN +22O UTARA SERTA 18h58m DAN 20h20m. BURUJ SAGITTA BERADA DI HEMISFERA UTARA DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +90O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -70O SELATAN. BURUJ SAGITTA MEMPUNYAI KELUASAN 80 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 86 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ SAGITTA IALAH:
~ DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ DELPHINUS
~ DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ AQUILA
~ DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ HERCULES
~ DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT PULA BURUJ VULPECULA
BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ SAGITTA:
~ BINTANG ZETA MERUPAKAN SEBUAH BINARI YANG 'HAMPIR' (CLOSE BINARY) DENGAN 'KOMPANI' NYA (COMPANION) YANG MENGORBIT SETIAP 22.78 TAHUN. IA JUGA MERUPAKAN SEBUAH BINARI BERBILANG SISTEM (MULTIPLE BINARY SYSTEM) DENGAN 3 KOMPANI IAITU KOMPANI B, KOMPANI C DAN KOMPANI D. KOMPANI B BERMAGNITUD +6.5. "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA-DUA BINTANG IALAH 180O DAN "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION - SEP) IALAH 0.2". KOMPANI C PULA BERMAGNITUD +9.0; P.A PADA 311O DENGAN SEP PADA 8.4". MANAKALA, KOMPANI D BERMAGNITUD +11.0; PADA P.A 247O SERTA SEP PADA 75".
~ BINTANG THETA YANG MERUPAKAN BINTANG BINARI BERBILANG SISTEM (MULTIPLE BINARY SYSTEM) DENGAN 2 BINTANG KOMPANI; KOMPANI B DAN KOMPANI C. KOMPANI B BERMAGNITUD +8.5; PADA P.A 325O DAN SEP PADA 12". MANAKALA, KOMPANI C BERMAGNITUD +7.0; P.A PADA 223O DENGAN SEP PADA 84".
BINTANG VARIABLE:
TIDAK TERDAPAT BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ SAGITTA.
PEMERHATIAN:
BURUJ SAGITTA DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~ DALAM BULAN MEI PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~ DALAM BULAN JUN PADA PUKUL 11 MALAM
~ DALAM BULAN JULAI PADA PUKUL 10 MALAM
~ DALAM BULAN OGOS PADA PUKUL 9 MALAM
~ DALAM BULAN SEPTEMBER PADA PUKUL 8 MALAM
OBJEK 'DEEPSKY':
BURUJ SAGITTA MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEPSKY' YANG MENARIK.
~ MESSIER 71 (M71) ATAU NGC6838 DIKELASKAN SEBAGAI KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER) TETAPI M71 LEBIH KELIHATAN SEPERTI SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) KERANA BINTANG-BINTANG DI DALAM KLUSTER INI KELIHATAN BERSELERAK DAN TIDAK TERTUMPU KE 'PUSAT' KLUSTER. M71 BERMAGNITUD +6.10 DENGAN KECERAHAN (BRIGHTNESS) +12.00. M71 BERADA 13,000 TAHUN CAHAYA DARI BUMI.
~ NGC6879 MERUPAKAN SEBUAH NEBULA PLANETARI (PLANETARY NEBULA) YANG BERMAGNITUD +11.00 DENGAN KECERAHAN +7.30.
~ IC4997 MERUPAKAN SEBUAH NEBULA PLANETARI (PLANETARY NEBULA) YANG BERMAGNITUD +11.30 DENGAN KECERAHAN +2.90. IA BERADA 8,000 TAHUN CAHAYA DARI BUMI. IC4997 SECARA FIZIKALNYA AGAK KECIL DAN AMAT JAUH MENYEBABKAN IA KELIHATAN SEPERTI BINTANG-BINTANG. FIZIKAL IC4997 YANG SEBENARNYA ADALAH 'LUARAN'NYA YANG BERKERANGKA MENYALUTI KAWASAN 'TENGAH' YANG LEBIH KOMPAK (COMPACT).
~ "THE NECKLACE NEBULA" MERUPAKAN SEBUAH NEBULA PLANETARI (PLANETARY NEBULA) YANG BERADA 15,000 TAHUN CAHAYA DARI BUMI. IA TERBENTUK APABILA SEBIJI BINTANG GERGASI (GIANT STAR) BERGERAK TERLALU HAMPIR DENGAN BINTANG BINARINYA DAN MELETUP. KEJADIAN ITU MENGHASILKAN SEBUAH NEBULA YANG MENGANDUNGI 'CINCIN' ATAU 'LINGKARAN' (RING) YANG TERANG SELEBAR 12 TRILION BATU, DIPENUHI DENGAN PERMATA-PERMATA DARIPADA IKATAN-IKATAN GAS YANG PADAT (DENSE) DAN TERANG SEBAGAI BINTIK-BINTIK YANG BERWARNA-WARNI. WARNA YANG BERSINAR ADALAH HASIL DARIPADA GAS HIDROGEN (MENGHASILKAN WARNA BIRU), GAS OKSIGEN (HIJAU) DAN GAS NITROGEN (MERAH).
HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ SAGITTA TIDAK MENGHASILKAN SEBARANG HUJAN METEOR (METEOR SHOWER).
SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment