BURUJ CRUX
PALANG SELATAN (SOUTHERN CROSS)
KATEGORI:
BURUJ
SINGKATAN:
CRU
DESKRIPSI:
BURUJ CRUX DIGAMBARKAN SEBAGAI PALANG SELATAN KERANA KEDUDUKANNYA DI HEMISFERA SELATAN.
KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ CRUX TERLETAK DI -56O SELATAN DAN -64O SELATAN SERTA 11h55m DAN 12h58m. BURUJ CRUX BERADA DI HEMISFERA SELATAN DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +20O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -90O SELATAN. BURUJ CRUX MEMPUNYAI KELUASAN 68 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 88 DAN TERKECIL DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ CRUX IALAH:
~ DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ CENTAURUS
~ DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ MUSCA
~ DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ CENTAURUS
~ DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT JUGA BURUJ CENTAURUS
BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)
BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ CRUX:
~ BINTANG ALPHA MERUPAKAN SATU BINARI YANG DIANGGAP PALING CANTIK DAN MENARIK DI KALANGAN BINTANG BINARI DI DALAM BURUJ CRUX. BINTANG ALPHA BERWARNA BIRU-KEPUTIHAN SAMA SEPERTI BINTANG KOMPANI (COMPANION) NYA YANG BERMAGNITUD +2.90. "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA-DUA BINTANG INI ADALAH 115O DAN "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION - SEP) ADALAH PADA 4.4".
~ BINTANG BETA MERUPAKAN SEBUAH BINTANG BINARI DENGAN KOMPANI YANG KABUR BERMAGNITUD +11.00; PADA P.A 3220 DAN SEP PADA 44.3".
~ BINTANG ETA MEMPUNYAI BINTANG KOMPANI YANG BERMAGNITUD +10.00; P.A PADA 299O DAN SEP PADA 44". IA BERADA PADA JARAK YANG AGAK JAUH (WIDE BINARY) DENGAN KOMPANINYA.
~ BINTANG IOTA MEMPUNYAI BINTANG KOMPANI YANG BERMAGNITUD +7.50; P.A PADA 22O DAN SEP PADA 26.9".
~ BINTANG MU1 DAN BINTANG MU2 MEMBENTUK SEBUAH BINTANG BINARI YANG TETAP (FIXED BINARY) DENGAN MAGNITUD +4.00 DAN +5.20; P.A PADA 17O DENGAN SEP PADA 35". IANYA MUDAH DIKENALPASTI WALAUPUN MENGGUNAKAN TELESKOP YANG KECIL.
BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BEBERAPA BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ CRUX.
~ BINTANG BETA DIKELASKAN DALAM KATEGORI "BETA CEPHEID VARIABLE" DAN MAGNITUD BINTANG BETA BERUBAH DARI MAGNITUD +1.23 KE MAGNITUD +1.31 SETIAP 5 JAM, 40 MINIT DAN 34 SAAT.
~ BINTANG DELTA JUGA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "BETA CEPHEID VARIABLE". MAGNITUD BINTANG DELTA BERUBAH DARI +2.78 KE +2.84 DALAM JANGKA MASA 3 JAM 37 MINIT DAN 30 SAAT.
~ BINTANG THETA2 JUGA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "BETA CEPHEID VARIABLE". MAGNITUD BINTANG THETA2 BERUBAH DARI +4.70 KE +4.74 DALAM JANGKA MASA 2 JAM 8 MINIT DAN 1 SAAT.
~ BINTANG LAMBDA JUGA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "BETA CEPHEID VARIABLE". MAGNITUD BINTANG LAMBDA BERUBAH DARI +4.62 KE +4.64 DALAM JANGKA MASA 9 JAM 28 MINIT DAN 57 SAAT.
~ BINTANG MU2 PULA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "GAMMA CAS VARIABLE". MAGNITUD BINTANG MU2 BERUBAH DARI +4.99 KE +5.18.
~ BINTANG R CRUCIS ADALAH SATU BINTANG VARIABLE YANG BERUBAH MAGNITUD DARI +6.40 HINGGA KE +7.23 DALAM JANGKA MASA 5 HARI, 19 JAM, 49 MINIT DAN 5 SAAT. IA JUGA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "BETA CEPHEID VARIABLE".
PEMERHATIAN:
BURUJ CRUX DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~ DALAM BULAN FEBRUARI PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~ DALAM BULAN MAC PADA PUKUL 11 MALAM
~ DALAM BULAN APRIL PADA PUKUL 10 MALAM
~ DALAM BULAN MEI PADA PUKUL 9 MALAM
~ DALAM BULAN JUN PADA PUKUL 8 MALAM
OBJEK 'DEEPSKY':
BURUJ CRUX MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEPSKY' YANG MENARIK.
~ NGC4755 ATAU 'THE JEWEL BOX' MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG MENGANDUNGI LEBIH DARIPADA 100 BIJI BINTANG YANG BERWARNA-WARNI. IA BERADA ANTARA 6,800 HINGGA 7,800 TAHUN CAHAYA. NGC4755 BERMAGNITUD +4.20 DENGAN KECERAHAN (BRIGHTNESS) +8.94.
~ "THE COAL SACK"
~ NGC4609
~ NGC4103
~ NGC4337
~ NGC4349
HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ CRUX MENGHASILKAN HUJAN METEOR SEBANYAK SEKALI DALAM SETAHUN.
~ HUJAN METEOR CRUCIDS (METEOR SHOWER) BERLAKU ANTARA JANUARI 6 HINGGA JANUARI 28. KEMUNCAK (PEAK) HUJAN METEOR BERLAKU PADA JANUARI 15 SETIAP TAHUN. 'KADAR KEGUGURAN SEJAM' (ZENITH HOURLY RATE - ZHR) AMATLAH RENDAH IAITU HANYA 3 METEOR SEJAM. HUJAN METEOR CRUCIDS INI BERADA PADA RA = 4.4O
DAN DEC = -63O.
SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment