Tuesday, December 29, 2015

MENGENALI BULAN - SIRI 127


RIMA DELISLE
TERUSAN DELISLE

KATEGORI:
TERUSAN


LOKASI:
RIMA DELISLE TERLETAK DI SUKUAN BARAT-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT RIMA DELISLE ADALAH 33.0o  BARAT SERTA 31.0o UTARA. IA BERADA DI KAWASAN  UTARA 'OCEANUS PROCELLARUM'   BERHAMPIRAN DENGAN MARE IMBRIUM.  KEDUDUKANNYA BERHAMPIRAN DENGAN KAWAH DELISLE  DI BAHAGIAN BARAT-DAYA.


KELUASAN:
RIMA DELISLE ADALAH SEBUAH TERUSAN DENGAN KEPANJANGAN 60 km.


ERA PEMBENTUKAN:
RIMA DELISLE TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.


CIRI-CIRI:
RIMA DELISLE ADALAH SEBUAH TERUSAN YANG SANGAT SEMPIT DAN BERBELOK-BELOK DENGAN ARAH ALIRAN BERPUNCA DARI BARAT-DAYA DAN MENGHALA KE TIMUR-LAUT.


PEMERHATIAN:
RIMA DELISLE MEMPUNYAI FORMASI YANG KURANG MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KE TIGA SELEPAS SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA KE SUKU TERAKHIR (LAST QUARTER).


PERALATAN:
UNTUK MENCERAP RIMA DELISLE, REFLECTOR BERKUASA +500 mm DIPERLUKAN.


PENEROKAAN:
TIDAK ADA PENEROKAAN YANG PERNAH DILAKUKAN DI RIMA DELISLE.


PENGHORMATAN:
RIMA DELISLE DINAMAKAN SEMPENA JOSEPH NICOLAS DELISLE  IAITU SE ORANG AHLI ASTRONOMI DAN AHLI KARTOGRAFI (PELUKIS PETA) PERANCHIS PADA KURUN KE 18. BELIAU DILAHIRKAN DI PARIS, PERANCHIS PADA 4hb, APRIL, 1688 DAN MENINGGAL DUNIA DI PARIS, PERANCHIS  PADA 11hb, SEPTEMBER, 1768. DELISLE  MENJADI AHLI DI 'ACADEMY OF SCIENCE'  PADA TAHUN 1714. BELIAU MERUPAKAN PENCIPTA DI DALAM PENGIRAAN JARAK BAGI PLANET ZUHRAH DAN PLANET UTARID SEMASA PLANET-PLANET TERSEBUT 'MELINTASI' DI HADAPAN MATAHARI DICERAP DARI BUMI. BELIAU JUGA TELAH MELETAKKAN TAPAK BATU ASAS KEPADA 'OBSERVATORY OF ST. PETERSBOURG'.



SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:

                 CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                           atau
                 KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

No comments:

Post a Comment