TERUSAN ARIADAEUS
KATEGORI:
TERUSAN (RILLE)
LOKASI:
RIMA ARIADAEUS TERLETAK DI SUKUAN TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT RIMA ARIADAEUS ADALAH 13.0o TIMUR SERTA 7.0o UTARA. IA BERADA DI BAHAGIAN TIMUR KAWASAN 'MARE TRANQUILLITATIS REGION'.
KELUASAN:
RIMA ARIADAEUS MERUPAKAN SEBUAH TERUSAN SEPANJANG 250 km.
ERA PEMBENTUKAN:
RIMA ARIADAEUS TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN IAITU LEBIH KURAN -3.85 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.
CIRI-CIRI:
RIMA ARIADAEUS ADALAH SEBUAH TERUSAN YANG BESAR, LEBAR DAN LURUS DENGAN ALIRAN DARI TIMUR MENGHALA KE BARAT. DI BAHAGIAN BARAT, IANYA BERCABANG-CABANG DENGAN SALAH SATU CABANGNYA MENUJU KE ARAH RIMA HYGINUS. DI BAHAGIAN TIMUR PULA, IANYA BERPECAH DAN BERPISAH BERHAMPIRAN KAWAH ARIADAEUS. TERDAPAT TELUK-TELUK SERTA BANJARAN GUNUNG YANG MEMENUHI KAWASAN DI UTARA KAWAH SILBERSCHLAG. KAWASAN DASAR ATAU LANTAI RIMA ARIADAEUS DIPENUHI DENGAN RUANG-RUANG.
PEMERHATIAN:
RIMA ARIADAEUS MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KE ENAM SELEPAS BULAN BAHARU (NEW MOON) HINGGA HARI KE LIMA SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).
PERALATAN:
UNTUK MENCERAP RIMA ARIADAEUS, REFRACTOR BERKUASA 100 mm DIPERLUKAN.
PENEROKAAN:
TIDAK ADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI RIMA ARIADAEUS.
PENGHORMATAN:
RIMA ARIADAEUS DINAMAKAN SEMPENA ARIADAEUS IAITU SE ORANG RAJA MACEDONIA PADA KURUN KE 4 SEBELUM MASIHI (B.C). BELIAU DILAHIRKAN DI MACEDONY PADA TAHUN 359 av JC DAN MENINGGAL DUNIA PADA 317 av JC. ARIADAEUS DIKENALI SEBAGAI PHILIPPE III DAN MERUPAKAN PUTERA KEPADA RAJA PHILIPPE II. BELIAU MERUPAKAN PENGARANG BUKU MENGENAI HIMPUNAN GERHANA (COMPILATION OF ECLIPSES). ARIADAEUS TELAH DIBUNUH OLEH ARAHAN QUEEN OLYMPIAS, SE ORANG LAGI ISTERI RAJA PHILIPPE II, BAGI MEMBOLEHKAN PUTERANYA, ALEXANDER MENJADI RAJA. IBU KEPADA ARIADAEUS IALAH QUEEN LARISSA.
SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment