Tuesday, December 8, 2015

MENGENALI BULAN - SIRI 124

RIMA CAUCHY
TERUSAN CAUCHY

KATEGORI:
TERUSAN (RILLE)



LOKASI:

RIMA CAUCHY TERLETAK DI SUKUAN TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT RIMA CAUCHY ADALAH 39.0o TIMUR SERTA 10.0o UTARA. IA BERADA DI BAHAGIAN TENGAH MARE TRANQUALLITATIS.



KELUASAN:

RIMA CAUCHY ADALAH SE BUAH TERUSAN YANG PANJANGNYA 216 km.



ERA PEMBENTUKAN:

RIMA CAUCHY TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN  IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.



CIRI-CIRI:

RIMA CAUCHY MERUPAKAN SE BUAH TERUSAN YANG BESAR DAN LURUS DI BAHAGIAN TIMUR-LAUT CERUN KAWAH CAUCHY.  ALIRAN RIMA CAUCHY BERMULA DARI ARAH TENGGARA DAN MENGHALA KE TIMUR-LAUT. IANYA TERDIRI DARIPADA LALUAN YANG PENDEK BERBENTUK 'S'  DI BAHAGIAN TENGAH TERUSAN DAN SETERUSNYA MEMANJANG KE UTARA SEHINGGA KE KAWAH LAWRENCE  DENGAN MELALUI SERTA MERENTASI KAWASAN BERGUNUNG.



PEMERHATIAN:

RIMA CAUCHY MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KE ENAM SELEPAS SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER)  HINGGA HARI KE LIMA SELEPAS SUKU TERAKHIR (LAST QUARTER).



PERALATAN:

UNTUK MENCERAP RIMA CAUCHY, REFLECTOR  BERKUASA 200 mm DIPERLUKAN.



PENEROKAAN:

TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI RIMA CAUCHY.



PENGHORMATAN:

RIMA CAUCHY DINAMAKAN SEMPENA AUGUSTIN LOUIS CAUCHY  IAITU SE ORANG AHLI MATHEMATIK PADA KURUN KE 19. BELIAU DILAHIRKAN DI PARIS, PERANCHIS  PADA 21hb OGOS, 1789 DAN MENINGGAL DUNIA DI SCEAUX, PERANCHIS  PADA 23hb MEI, 1857. CAUCHY ADALAH PENGARANG BUKU BERTAJUK "THE THEORY OF FUNCTIONS OF A COMPLEX VARIABLE". BELIAU MERUPAKAN AHLI KEPADA "THE ACADEMY OF SCIENCE"  DALAM TAHUN 1816 SERTA "THE BUREAU OF LONGITUDES"  DALAM TAHUN 1839. 



SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:

                 CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                           atau
                 KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

No comments:

Post a Comment