TERUSAN CARDANUS
KATEGORI:
TERUSAN
LOKASI:
RIMA CARDANUS TERLETAK DI SUKUAN BARAT-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT RIMA CARDANUS IALAH 73.0o BARAT SERTA 11.0o UTARA. IA BERADA DI PINGGIRAN SEBELAH BARAT PERMUKAAN BULAN.
ERA PEMBENTUKAN:
PEMBENTUKAN RIMA CARDANUS TIDAK DAPAT DIPASTIKAN. TIADA DATA UNTUK MENYOKONG PEMBENTUKANNYA.
CIRI-CIRI:
RIMA CARDANUS MERUPAKAN SEBUAH TERUSAN YANG SUNGGUH PANJANG SERTA SUNGGUH LEBAR. ALIRAN RIMA CARDANUS BERPUNCA DARI TENGGARA MENGHALA KE BARAT-LAUT.
PEMERHATIAN:
RIMA CARDANUS MEMPUNYAI FORMASI YANG AGAK MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KE ENAM SELEPAS SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA HARI KE LIMA SELEPAS SUKU TERAKHIR (LAST QUARTER).
PENGHORMATAN:
RIMA CARDANUS DINAMAKAN SEMPENA GIROLAMO CARDANO ATAU JEROME CARDAN IAITU SE ORANG DOKTOR, AHLI MATHEMATIK DAN JUGA AHLI FALSAFAH PADA KURUN KE 16. BELIAU DILAHIRKAN DI PAVIA, ITALI PADA 24hb SEPTEMBER, 1501 DAN MENINGGAL DUNIA DI ROM, ITALI PADA 21hb SEPTEMBER, 1576. PELBAGAI HASIL KERJA TERUTAMA DI DALAM BIDANG FALSAFAH DAN JUGA BIDANG ASTROLOGI. CARDANO MERUPAKAN PENCIPTA SISTEM PERHUBUNGAN YANG MENGGUNAKAN NAMA BELIAU. CARDANO JUGA TERLIBAT DI DALAM KERJA-KERJA DI DALAM BIDANG MATHEMATIK SEPERTI "THE EQUATION OF 3rd DEGREE" DAN "IMAGINARY OF NUMBERS".
SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment