Tuesday, December 29, 2015

MENGENALI BULAN - SIRI 127


RIMA DELISLE
TERUSAN DELISLE

KATEGORI:
TERUSAN


LOKASI:
RIMA DELISLE TERLETAK DI SUKUAN BARAT-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT RIMA DELISLE ADALAH 33.0o  BARAT SERTA 31.0o UTARA. IA BERADA DI KAWASAN  UTARA 'OCEANUS PROCELLARUM'   BERHAMPIRAN DENGAN MARE IMBRIUM.  KEDUDUKANNYA BERHAMPIRAN DENGAN KAWAH DELISLE  DI BAHAGIAN BARAT-DAYA.


KELUASAN:
RIMA DELISLE ADALAH SEBUAH TERUSAN DENGAN KEPANJANGAN 60 km.


ERA PEMBENTUKAN:
RIMA DELISLE TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.


CIRI-CIRI:
RIMA DELISLE ADALAH SEBUAH TERUSAN YANG SANGAT SEMPIT DAN BERBELOK-BELOK DENGAN ARAH ALIRAN BERPUNCA DARI BARAT-DAYA DAN MENGHALA KE TIMUR-LAUT.


PEMERHATIAN:
RIMA DELISLE MEMPUNYAI FORMASI YANG KURANG MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KE TIGA SELEPAS SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA KE SUKU TERAKHIR (LAST QUARTER).


PERALATAN:
UNTUK MENCERAP RIMA DELISLE, REFLECTOR BERKUASA +500 mm DIPERLUKAN.


PENEROKAAN:
TIDAK ADA PENEROKAAN YANG PERNAH DILAKUKAN DI RIMA DELISLE.


PENGHORMATAN:
RIMA DELISLE DINAMAKAN SEMPENA JOSEPH NICOLAS DELISLE  IAITU SE ORANG AHLI ASTRONOMI DAN AHLI KARTOGRAFI (PELUKIS PETA) PERANCHIS PADA KURUN KE 18. BELIAU DILAHIRKAN DI PARIS, PERANCHIS PADA 4hb, APRIL, 1688 DAN MENINGGAL DUNIA DI PARIS, PERANCHIS  PADA 11hb, SEPTEMBER, 1768. DELISLE  MENJADI AHLI DI 'ACADEMY OF SCIENCE'  PADA TAHUN 1714. BELIAU MERUPAKAN PENCIPTA DI DALAM PENGIRAAN JARAK BAGI PLANET ZUHRAH DAN PLANET UTARID SEMASA PLANET-PLANET TERSEBUT 'MELINTASI' DI HADAPAN MATAHARI DICERAP DARI BUMI. BELIAU JUGA TELAH MELETAKKAN TAPAK BATU ASAS KEPADA 'OBSERVATORY OF ST. PETERSBOURG'.



SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:

                 CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                           atau
                 KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

Monday, December 28, 2015

OBJEK DI LANGIT - SIRI 97


MESSIER 93
M93 (NGC 2447)


BURUJ:
PUPPIS

KELAS:
OPEN CLUSTER
(KLUSTER TERBUKA)

LOKASI:
07h 44m 29s
-23o 52' 11"

JARAK:
3.6 JUTA TAHUN CAHAYA

SAIZ:
22.0' (arcminute)

MAGNITUD:
+6.0

INFO:
M93 TELAH DITEMUI OLEH CHARLES MESSIER  PADA 20hb, MAC, 1781 DAN DIKATALOGKAN SEBAGAI OBJEK KE 93. M93 DIANGGARKAN BERUSIA LEBIH KURANG 100 JUTA TAHUN. IA MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER TERBUKA YANG SUNGGUH CERAH DAN MENGANDUNGI 80 BINTANG-BINTANG. DALAM KEADAAN LANGIT YANG GELAP, M93 DAPAT DILIHAT DENGAN MATA TANPA SEBARANG ALAT BANTUAN MENCERAP SEBAGAI SEBUAH TOMPOKAN CAHAYA YANG BERKABUS. BINTANG-BINTANG YANG PALING CERAH DI DALAM M93 MEMBENTUK 'SEGITIGA' (TRIANGLE SHAPED).








CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM

KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM






MENGENALI BURUJ - APUS


BURUJ APUS
BURUNG SYURGA  (BIRD OF PARADISE)



KATEGORI:
BURUJ

SINGKATAN:
APS

DESKRIPSI:
BURUJ APUS DIGAMBARKAN SEBAGAI SEEKOR BURUNG YANG BERASAL DARI SYURGA SEPERTI BURUNG CENDERAWASIH.

KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ APUS TERLETAK ANTARA -68O SELATAN DAN -84O SELATAN SERTA 13h50m DAN 18h20m. KEDUDUKAN BURUJ APUS DI HEMISFERA SELATAN MENYEBABKAN IA HANYA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +5O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -90O SELATAN SAHAJA. BURUJ APUS MEMPUNYAI KELUASAN 206 DARJAH (O) PERSEGI DAN IANYA MERUPAKAN BURUJ YANG KE 67 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ APUS IALAH:
~  DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ PAVO DAN BURUJ OCTANS
~  DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ OCTANS
~  DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ MUSCA DAN BURUJ CHAMAELEON
~  DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT PULA BURUJ ARA, BURUJ TRIANGULUM AUSTRALIS DAN BURUJ CIRCINUS

BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:


BINTANG BINARI:
BURUJ APUS MEMPUNYAI SATU BINTANG BINARI.
~  BINTANG DELTA DAN BINTANG DELTA2  MEMBENTUK SATU BINARI YANG LUAS DAN JAUH (WIDE BINARY) KERANA "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION - SEP) ANTARA KEDUA-DUA BINTANG IALAH 103" (ARCSECOND). KEDUA-DUA BINTANG BERWARNA JINGGA DAN BERMAGNITUD +4.70 DAN +5.30. "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE - P.A) ANTARA MEREKA IALAH 12O.


BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BEBERAPA BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ APUS.
~  BINTANG DELTA IALAH BINTANG VARIABLE DAN IA DIKELASKAN SEBAGAI "GIANT IRREGULAR (Lb) VARIABLE". IA BERUBAH MAGNITUD DARI +4.68 KE MAGNITUD +4.87.
~  BINTANG THETA  PULA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "SEMI-REGULAR VARIABLE" (SRb). IA MENGALAMI PERUBAHAN MAGNITUD DARI +6.40 HINGGA KE MAGNITUD +8.60.
~  BINTANG KAPPA1  IALAH BINTANG VARIABLE YANG DIKATEGORIKAN SEBAGAI "GAMMA CAS VARIABLE". PERUBAHAN MAGNITUD YANG KECIL IAITU DARI MAGNITUD +5.43 KE MAGNITUD +5.61.

PEMERHATIAN:
BURUJ APUS DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~  DALAM BULAN APRIL PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~  DALAM BULAN MEI PADA PUKUL 11 MALAM
~  DALAM BULAN JUN PADA PUKUL 10 MALAM
~  DALAM BULAN JULAI PADA PUKUL 9 MALAM
~  DALAM BULAN OGOS PADA PUKUL 8 MALAM

OBJEK 'DEEPSKY':
BURUJ APUS MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEPSKY' YANG MENARIK.
~  NGC6101

~  NGC5833

~  NGC6392

~  NGC6209

HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ APUS TIDAK MENGHASILKAN SEBARANG HUJAN METEOR (METEOR SHOWER).


SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:

                 CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                    atau
                 KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

Thursday, December 24, 2015

RENUNGAN JUMAAT

"...TAHUKAH KAMU APAKAH (NERAKA) SAQAR ITU? SAQAR ITU TIDAK MENINGGALKAN DAN TIDAK MEMBIARKAN. (NERAKA SAQAR) ADALAH PEMBAKAR KULIT MANUSIA. DI ATASNYA SEMBILAN BELAS (MALAIKAT PENJAGA). DAN TIADA KAMI JADIKAN PENJAGA NERAKA ITU MELAINKAN DARI MALAIKAT; DAN TIDAKLAH KAMI MENJADIKAN BILANGAN MEREKA ITU MELAINKAN UNTUK JADI CUBAAN BAGI ORANG-ORANG KAFIR, SUPAYA ORANG-ORANG YANG DIBERI AL KITAB MENJADI YAKIN DAN SUPAYA ORANG YANG BERIMAN BERTAMBAH IMANNYA DAN SUPAYA ORANG-ORANG MUKMIN ITU TIDAK RAGU-RAGU DAN SUPAYA ORANG-ORANG YANG DI DALAM HATINYA ADA PENYAKIT DAN ORANG-ORANG KAFIR (MENGATAKAN): "APAKAH YANG DIKEHENDAKI ALLAH DENGAN BILANGAN INI SEBAGAI SUATU PERUMPAMAAN?" DEMIKIANLAH ALLAH MEMBIARKAN SESAT ORANG-ORANG YANG DIKEHENDAKI-NYA DAN MEMBERI PETUNJUK KEPADA SIAPA YANG DIKEHENDAKI-NYA. DAN TIDAK ADA YANG MENGETAHUI TENTERA TUHANMU MELAINKAN DIA SENDIRI. DAN SAQAR ITU TIADA LAIN HANYALAH PERINGATAN BAGI MANUSIA. SEKALI-KALI TIDAK, DEMI BULAN, DAN MALAM KETIKA TELAH BERLALU, DAN SUBUH APABILA TELAH TERANG. SESUNGGUHNYA SAQAR ITU ADALAH SALAH SATU BENCANA YANG AMAT BESAR, SEBAGAI ANCAMAN BAGI MANUSIA.

          SURAH AL MUDDATSTSIR (ORANG YANG BERKEMUL, JUZUK 29, AYAT 27 - 36

Monday, December 21, 2015

OBJEK DI LANGIT - SIRI 96


MESSIER 92
M92 (NGC 6341)


BURUJ:
HERCULES

KELAS:
GLOBULAR CLUSTER
(KLUSTER GLOBAL)

LOKASI:
17h 17m 07s
+43o 08' 09"

JARAK:
26.7 JUTA TAHUN CAHAYA

SAIZ:
14'  X  14' (arcminute)

MAGNITUD:
+6.3

INFO:
M92 TELAH DITEMUI OLEH JOHANN ELERT BODE  DALAM TAHUN 1777. IANYA DITERBITKAN DALAM 'THE JAHRBUCH'  SEMASA 1779. KLUSTER M92 TELAH DITEMUI SEMULA OLEH CHARLES MESSIER  PADA 18hb MAC, 1781 DAN DITAMBAH SEBAGAI OBJEK KE 92 DI DALAM KATALOG MESSIER. M92 ADALAH SALAH SATU DARIPADA KLUSTER GLOBAL YANG CERAH YANG TERDAPAT DI HEMISFERA UTARA. IA KELIHATAN BESAR, CERAH, BEBOLA BINTANG DENGAN SE DOZEN BINTANG YANG CERAH TERBENTUK SEPERTI SEBUAH 'HALO' YANG PADAT DI TENGAH 'TERAS'. DIANGGARKAN TERDAPAT SEBANYAK LEBIH KURANG 250,000 BINTANG MEMBENTUK M92.








CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM

KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM






MENGENALI BULAN - SIRI 126


RIMA CONON
TERUSAN CONON

KATEGORI:
TERUSAN



LOKASI:

RIMA CONON TERLETAK DI SUKUAN TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT RIMA CONON ADALAH 2.0o TIMUR SERTA 18.0o UTARA. IA BERADA DI KAWASAN 'MONTES APENNINUS REGION'.



KELUASAN:
RIMA CONON ADALAH SEBUAH TERUSAN DENGAN KEPANJANGAN 46 km.



ERA PEMBENTUKAN:

RIMA CONON TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.



CIRI-CIRI:

RIMA CONON ADALAH SEBUAH TERUSAN YANG BERBELOK-BELOK DENGAN ARAH ALIRAN MENGHALA DARI TENGGARA KE BARAT-LAUT SERTA IANYA MERENTASI SINUS FIDEI.



PEMERHATIAN:

RIMA CONON MEMPUNYAI FORMASI YANG AGAK MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA HARI KE ENAM SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).



PERALATAN:

UNTUK MENCERAP RIMA CONON, REFLECTOR BERKUASA 300 mm DIPERLUKAN.



PENEROKAAN:

TIDAK ADA PENEROKAAN YANG PERNAH DILAKUKAN DI RIMA CONON.



PENGHORMATAN:

RIMA CONON DINAMAKAN SEMPENA CONON OF SAMOS  IAITU SE ORANG AHLI MATHEMATIK DAN AHLI ASTRONOMI GREEK PADA KURUN KE EMPAT SEBELUM MASIHI. CONON DILAHIRKAN DI SAMOS, GREECE  PADA TAHUN 300 av JC. BELIAU MERUPAKAN KAWAN RAPAT KEPADA ARCHIMEDE. CONON ADALAH PENCIPTA BURUJ 'THE HAIR OF BERENICES' (COMA BERENICES).  BELIAU JUGA TELAH MENULIS 7 BUAH BUKU MENUMPUKAN KE BIDANG ASTRONOMI.


SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:

                 CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                           atau
                 KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

MENGENALI BURUJ - CRUX


BURUJ CRUX
PALANG SELATAN  (SOUTHERN CROSS)



KATEGORI:
BURUJ

SINGKATAN:
CRU

DESKRIPSI:
BURUJ CRUX DIGAMBARKAN SEBAGAI PALANG SELATAN KERANA KEDUDUKANNYA DI HEMISFERA SELATAN. 

KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ CRUX TERLETAK DI -56O SELATAN DAN -64O SELATAN SERTA 11h55m DAN 12h58m. BURUJ CRUX BERADA DI HEMISFERA SELATAN DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +20O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -90O SELATAN. BURUJ CRUX MEMPUNYAI KELUASAN 68 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 88 DAN TERKECIL DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ CRUX IALAH:
~  DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ CENTAURUS
~  DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ MUSCA
~  DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ CENTAURUS
~  DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT JUGA BURUJ CENTAURUS

BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)

BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ CRUX:
~  BINTANG ALPHA  MERUPAKAN SATU BINARI YANG DIANGGAP PALING CANTIK DAN MENARIK DI KALANGAN BINTANG BINARI DI DALAM BURUJ CRUX. BINTANG ALPHA BERWARNA BIRU-KEPUTIHAN SAMA SEPERTI BINTANG KOMPANI (COMPANION) NYA YANG BERMAGNITUD +2.90. "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA-DUA BINTANG INI ADALAH 115O DAN "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION - SEP) ADALAH PADA 4.4".
~  BINTANG BETA  MERUPAKAN SEBUAH BINTANG BINARI DENGAN KOMPANI YANG KABUR BERMAGNITUD +11.00; PADA P.A 3220 DAN SEP PADA 44.3".
~  BINTANG ETA  MEMPUNYAI BINTANG KOMPANI YANG BERMAGNITUD +10.00; P.A PADA 299O DAN SEP PADA 44". IA BERADA PADA JARAK YANG AGAK JAUH (WIDE BINARY) DENGAN KOMPANINYA.
~  BINTANG IOTA  MEMPUNYAI BINTANG KOMPANI YANG BERMAGNITUD +7.50; P.A PADA 22O DAN SEP PADA 26.9".
~  BINTANG MU1  DAN BINTANG MU MEMBENTUK SEBUAH BINTANG BINARI YANG TETAP (FIXED BINARY) DENGAN MAGNITUD +4.00 DAN +5.20; P.A PADA 17O DENGAN SEP PADA 35". IANYA MUDAH DIKENALPASTI WALAUPUN MENGGUNAKAN TELESKOP YANG KECIL.


BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BEBERAPA BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ CRUX.
~  BINTANG BETA  DIKELASKAN DALAM KATEGORI "BETA CEPHEID VARIABLE" DAN MAGNITUD BINTANG BETA BERUBAH DARI MAGNITUD +1.23 KE MAGNITUD +1.31 SETIAP 5 JAM, 40 MINIT DAN 34 SAAT.
~  BINTANG DELTA  JUGA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "BETA CEPHEID VARIABLE". MAGNITUD BINTANG DELTA BERUBAH DARI +2.78 KE +2.84 DALAM JANGKA MASA 3 JAM 37 MINIT DAN 30 SAAT.
~  BINTANG THETA2  JUGA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "BETA CEPHEID VARIABLE". MAGNITUD BINTANG THETA2 BERUBAH DARI +4.70 KE +4.74 DALAM JANGKA MASA 2 JAM 8 MINIT DAN 1 SAAT.
~  BINTANG LAMBDA  JUGA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "BETA CEPHEID VARIABLE". MAGNITUD BINTANG LAMBDA BERUBAH DARI +4.62 KE +4.64 DALAM JANGKA MASA 9 JAM 28 MINIT DAN 57 SAAT.
~  BINTANG MU2  PULA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "GAMMA CAS VARIABLE". MAGNITUD BINTANG MU2 BERUBAH DARI +4.99 KE +5.18.
~  BINTANG R CRUCIS  ADALAH SATU BINTANG VARIABLE YANG BERUBAH MAGNITUD DARI +6.40 HINGGA KE +7.23 DALAM JANGKA MASA 5 HARI, 19 JAM, 49 MINIT DAN 5 SAAT. IA JUGA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "BETA CEPHEID VARIABLE".

PEMERHATIAN:
BURUJ CRUX DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~  DALAM BULAN FEBRUARI PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~  DALAM BULAN MAC PADA PUKUL 11 MALAM
~  DALAM BULAN APRIL PADA PUKUL 10 MALAM
~  DALAM BULAN MEI PADA PUKUL 9 MALAM
~  DALAM BULAN JUN PADA PUKUL 8 MALAM

OBJEK 'DEEPSKY':
BURUJ CRUX MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEPSKY' YANG MENARIK.
~  NGC4755 ATAU 'THE JEWEL BOX' MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG MENGANDUNGI LEBIH DARIPADA 100 BIJI BINTANG YANG BERWARNA-WARNI. IA BERADA ANTARA 6,800 HINGGA 7,800 TAHUN CAHAYA. NGC4755 BERMAGNITUD +4.20 DENGAN KECERAHAN (BRIGHTNESS) +8.94.


~  "THE COAL SACK"


~  NGC4609


~  NGC4103


~  NGC4337


~  NGC4349



HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ CRUX MENGHASILKAN HUJAN METEOR SEBANYAK SEKALI DALAM SETAHUN.
~  HUJAN METEOR CRUCIDS (METEOR SHOWER) BERLAKU ANTARA JANUARI 6 HINGGA JANUARI 28. KEMUNCAK (PEAK) HUJAN METEOR BERLAKU PADA JANUARI 15 SETIAP TAHUN. 'KADAR KEGUGURAN SEJAM' (ZENITH HOURLY RATE - ZHR) AMATLAH RENDAH IAITU HANYA 3 METEOR SEJAM. HUJAN METEOR CRUCIDS INI BERADA PADA RA = 4.4O
DAN DEC = -63O.


SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:

                CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                  atau
                 KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM