"...DIA-LAH TUHAN YANG MEMPERLIHATKAN KILAT KEPADAMU UNTUK MENIMBULKAN KETAKUTAN DAN HARAPAN, DAN DIA MENGADAKAN AWAN MENDUNG. DARI GURUH ITU BERTASBIH DENGAN MEMUJI ALLAH, (DEMIKIAN PULA) PARA MALAIKAT KERANA TAKUT KEPADA-NYA, DAN ALLAH MELEPASKAN HALILINTAR, LALU MENIMPAKANNYA KEPADA SESIAPA YANG DIA KEHENDAKI, DAN MEREKA BERBANTAH-BANTAHAN TENTANG ALLAH, DAN DIA-LAH TUHAN YANG MAHA KERAS SEKSA-NYA..."
SURAH AR RA'D (GURUH), JUZUK 13, AYAT 12 HINGGA 13
JIKA KITA JAGA ALLAH, ALLAH AKAN JAGA KITA. PADA MASA SEKARANG, KITA SERING DIKEJUTKAN DENGAN BERITA-BERITA DAN LAPORAN-LAPORAN YANG AGAK MENGGEMPARKAN KITA SEMUA. SEGALA KEJADIAN DAN PERISTIWA TERSEBUT, JIKA DIKAJI DAN DITELITI SECARA MENDALAM ADALAH DISEBABKAN OLEH GANGGUAN MINDA ATAU PEMIKIRAN TELAH DIKUASAI OLEH SESUATU SAMAADA DIKUASAI OLEH MAKHLUK LAIN ATAU PEMIKIRAN TELAH DIJAJAH OLEH MANUSIA. KADANG-KADANG KITA MELAKUKAN SESUATU YANG MENYUSAHKAN ORANG LAIN HANYA KERANA KITA MENGIKUT KATA ORANG TANPA MEMIKIRKAN SECARA MENDALAM KESANNYA TERHADAP ORANG DI SEKELILING KITA. ALANGKAH BERDOSANYA KITA APABILA PERKARA TERSEBUT MENYEBABKAN ORANG LAIN TERINANYA. SEBAGAI CONTOH, 'BLOGGER' SELALU MENULIS DALAM 'BLOG' MASING-MASING. KEBANYAKANNYA, BERITA ATAU CERITA YANG DITULIS ADAKAH BENAR DAN SAHIH, ATAU HANYA DARI MULUT ORANG LAIN YANG TIDAK BENAR? FIKIRKAN DOSA YANG TELAH DILAKUKAN. KITA JAGA ALLAH, ALLAH AKAN JAGA KITA.
No comments:
Post a Comment