SEJARAH KEMUNCULAN KOMET HALLEY
TAHUN 295 MASIHI (A.D)
PADA HARI PERTAMA DALAM BULAN MEI, TAHUN 295 MASIHI (A.D), DI MANA BULAN DI PERINGKAT SEMAKIN MENGECIL (WANING), LANGIT PAGI MENDEDAHKAN KEMUNCULAN SEBIJI KOMET YANG AMAT TERANG DI SEBELAH TIMUR BERHAMPIRAN DENGAN UFUK LANGIT. PEMERHATIAN TERAWAL MENDAPATI KOMET TERSEBUT BERADA BERDEKATAN DENGAN BINTANG BETA ANDROMEDAE (BURUJ ANDROMEDA) DAN PASTINYA IA BERMAGNITUD +1. TANPA DIKETAHUI OLEH PEMERHATI-PEMERHATI, KOMET HALLEY TELAH MELENGKAPKAN SATU LAGI PUSINGAN ORBITNYA. TEMPOH PEMERHATIAN ADALAH BULAN MEI.
SETELAH MELEPASI TITIK TERDEKAT DENGAN MATAHARI PADA APRIL 20, 295 MASIHI (A.D), KOMET HALLEY MENGHAMPIRI PULA BUMI DENGAN JARAK TERDEKAT BERLAKU PADA MINGGU KEDUA DALAM BULAN MEI PADA JARAK 0.32 ASTRONOMIKAL UNIT (A.U). APABILA KEDUA-DUA OBJEK BERSELISIHAN DENGAN PANTAS ANTARA SATU SAMA LAIN, IA MELETAKKAN KOMET HALLEY BERADA DI ANTARA MATAHARI DAN BUMI. KESAN DARIPADA PERGERAKKAN KOMET HALLEY TERSEBUT TERHADAP LATAR BELAKANG BINTANG-BINTANG, MENGERAKKAN KOMET HALLEY KE ARAH TIMUR MENGHALA KE MATAHARI, MELEWATI BAHAGIAN UTARA MATAHARI DAN KEMUDIANNYA MENJADI OBJEK SEBELAH PETANG.
DENGAN PERGERAKKAN DEMIKIAN, KOMET HALLEY MELALUI BURUJ TRIANGULUM, BURUJ PERSEUS, BURUJ AURIGA, BURUJ LYNX, DAN BURUJ CANCER. SECARA DRAMATIKNYA, KOMET HALLEY SEMAKIN MENINGGI DI WAKTU PETANG SEBELUM WAKTU SENJA. IA MENERUSKAN PERGERAKKAN MELEWATI 'KEPALA' BURUJ LEO DAN MENUJU KE UTARA BURUJ SEXTANS. KOMET HALLEY BERADA DI BURUJ SEXTANS SEHINGGA IA 'MENGHILANG' DARI PANDANGAN.
BERIKUT ADALAH MAKLUMAT KEDUDUKAN KOMET HALLEY.
TARIKH - KEDUDUKAN (R.A DAN DEC) - MAGNITUD
APR21 - 01h00m +17.1O - +2.8
MEI01 - 01h37m +25.9O - +1.3
MEI06 - 02h44m +35.2O - +0.1
MEI11 - 05h30m +42.8O - -0.4
MEI16 - 08h24m +32.6O - +0.2
MEI21 - 09h39m +21.0O - +1.3
MEI31 - 10h31m +10.0O - +2.9
JUN10 - 10h51m +05.4O - +4.2
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM atau KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment