Tuesday, April 15, 2014

MENGENALI BURUJ - CENTAURUS

BURUJ CENTAURUS
RAKSASA (THE CENTAUR)



KATEGORI:
BURUJ

SINGKATAN:
CEN

DESKRIPSI:
BURUJ CENTAURUS DIGAMBARKAN SEBAGAI SEEKOR RAKSASA YANG SEPARUH MANUSIA DAN SEPARUH KUDA. IA MERUPAKAN CIPTAAN MITOS ORANG YUNANI (GREEK). BURUJ CENTAURUS DIKAITKAN DENGAN CHIRON IAITU 'SENTORA' YANG MENJADI 'MENTOR' KEPADA HERO-HERO ORANG YUNANI ANTARANYA HERACLES, JASON, THESEUS DAN LAIN-LAIN LAGI.

KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ CENTAURUS TERLETAK DI -30O SELATAN DAN -65O SELATAN SERTA 11h10m DAN 15h05m. BURUJ CENTAURUS BERADA DI HEMISFERA SELATAN DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +25O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -90O SELATAN. BURUJ CENTAURUS MEMPUNYAI KELUASAN 1,060 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 9 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ CENTAURUS IALAH:
~  DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ LUPUS DAN BURUJ CIRCINUS
~  DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ ANTLIA DAN BURUJ VELA
~  DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ CRUX, BURUJ MUSCA DAN BURUJ CARINA
~  DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT PULA BURUJ HYDRA DAN BURUJ LIBRA

BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)

BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ CENTAURUS:
~  BINTANG ALPHA1 DAN BINTANG ALPHA2  MEMBENTUK SATU BINARI YANG LEBAR (WIDE BINARY) DENGAN KOMPANI (COMPANION) NYA YANG MENGORBIT 79.92 TAHUN DAN BERMAGNITUD +1.20. "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA-DUA BINTANG INI ADALAH 222O DAN "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION - SEP) ADALAH 14.1".
~  BINTANG BETA YANG MERUPAKAN BINTANG BINARI DENGAN KOMPANI YANG AGAK SUKAR DICERAP KERANA IA 'TENGGELAM' OLEH KECERAHAN BINTANG BETA YANG BERMAGNITUD +0.58 BERBANDING BINTANG KOMPANI YANG BERMAGNITUD +3.95; P.A PADA 53O SERTA SEP PADA 6.5".
~  BINTANG GAMMA DAN KOMPANINYA MEMPUNYAI MAGNITUD YANG SAMA IAITU +2.9. IA MENJADIKAN BINTANG GAMMA SEBUAH BINARI 'VISUAL' BERGANDA (DOUBLE VISUAL BINARY). P.A IALAH PADA  347O SERTA SEP PADA 1.0".
~  BINTANG ETA PULA MERUPAKAN SEBUAH BINTANG BINARI DENGAN KOMPANI YANG AGAK KABUR (FAINT). IA BERMAGNITUD +13.0 DENGAN P.A PADA 270O SERTA SEP PADA 5.6".
~  BINTANG KAPPA JUGA MERUPAKAN SEBUAH BINTANG BINARI DENGAN KOMPANI YANG AGAK KABUR (FAINT) BERMAGNITUD +11.0. P.A PADA 82O DENGAN SEP PADA 3.9".



BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BEBERAPA BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ CENTAURUS:
~  BINTANG ALPHAC  DIKELASKAN DALAM KATEGORI "UV CETI TYPE VARIABLE" DAN BINTANG ALPHAC BERUBAH 3.5 MAGNITUD DALAM MASA 7 SAAT. KEBANYAKAN BINTANG KELAS INI ADALAH JENIS BINTANG YANG SANGAT PANAS DAN MEMBARA (FLARE STAR).
~  BINTANG R CENTAURI ADALAH SATU BINTANG VARIABLE YANG BERUBAH MAGNITUD DARI +5.3 HINGGA KE MAGNITUD +1.8 DALAM JANGKA MASA 546.2 HARI. IA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "MIRA TYPE VARIABLE".

PEMERHATIAN:
BURUJ CENTAURUS DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~  DALAM BULAN FEBRUARI PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~  DALAM BULAN MAC PADA PUKUL 11 MALAM
~  DALAM BULAN APRIL PADA PUKUL 10 MALAM
~  DALAM BULAN MEI PADA PUKUL 9 MALAM
~  DALAM BULAN JUN PADA PUKUL 8 MALAM

OBJEK 'DEEPSKY':
BURUJ CENTAURUS MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEPSKY' YANG MENARIK.
~  NGC5139  ATAU 'OMEGA CENTAURI' BERMAGNITUD +3.70 DENGAN KECERAHAN (BRIGHTNESS) +11.24. IA MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER) YANG PALING MENARIK DAN CANTIK. IANYA CERAH DAN PADAT SERTA MENGANDUNGI LEBIH DARIPADA SERIBU BIJI BINTANG.



~  NGC5128 JUGA DIKENALI SEBAGAI 'CENTAURUS A'. IA MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BUJUR (ELLIPTICAL GALAXY) DENGAN LORONG DEBU. BENTUK NGC5128 AGAK PELIK DAN ANEH TERBENTUK DARIPADA GABUNGAN ANTARA 2 GALAKSI YANG KECIL. NGC5128 BERMAGNITUD +6.84 DAN IA BERADA ANTARA 10,000 HINGGA 16,000 TAHUN CAHAYA DARI BUMI.



~  NGC5286 MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER) YANG TERTUA DI GALAKSI DENGAN ANGGARAN BERUSIA 12.54 BILION TAHUN. IA MEMPUNYAI BENTUK BUJUR (ELLIPTICAL) DENGAN BINTANG M CENTAURI YANG  BERMAGNITUD +4.6 DI DALAM NGC5286. IA BERADA 35,900 TAHUN CAHAYA DARI BUMI DAN BERMAGNITUD +7.6.



~  NGC3766 MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG TERDIRI DARIPADA BINTANG-BINTANG MUDA (YOUNG STARS). IA BERADA 5,500 TAHUN CAHAYA DI KAWASAN YANG DIKENALI SEBAGAI "THE CARINA MOLECULAR CLOUD". NGC3766 BERMAGNITUD +5.3 DAN IA MUDAH UNTUK DICERAP DENGAN MENGGUNAKAN TEROPONG.



~  NGC4945 PULA MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG BERADA 11,700 TAHUN CAHAYA DARI BUMI. IA DIANGGAP AGAK BERSAMAAN DENGAN GALAKSI "BIMA SAKTI" (MILKY WAY). NGC4945 BERKEMUNGKINAN MEMPUNYAI "LOHONG HITAM" (BLACK HOLE). IA DAPAT DILIHAT PADA SISI (EDGE-ON) DENGAN MAGNITUD +9.3.



~  NGC5090 DAN NGC5091 MERUPAKAN SATU PASANGAN GALAKSI YANG BERADA 150 JUTA TAHUN CAHAYA. KEDUA-DUA GALAKSI IN ADALAH DI DALAM PROSES PERLANGGARAN (COLLIDING) DAN MENGHASILKAN SATU PENGGABUNGAN (MERGING) YANG MANA TERBUKTI DENGAN GANGGUAN GELOMBANG PADA NGC5091. NGC5090 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BUJUR (ELLIPTICAL GALAXY), MANAKALA, NGC5091 PULA MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY). NGC5090 BERMAGNITUD +12.6, MANAKALA NGC5091 PULA BERMAGNITUD +13.9.



~  NGC3918 MERUPAKAN SEBUAH NEBULA PLANETARI (PLANETARY NEBULA) YANG JUGA DIKENALI SEBAGAI "THE BLUE PLANETARY" ATAU "THE SOUTHERNER". NGC3018 MERUPAKAN NEBULA PLANETARI YANG PALING CERAH DAN PALING TERANG DI KAWASAN PALING SELATAN BUMI DALAM KATEGORINYA. BENTUKNYA YANG AGAK BULAT ATAU SEDIKIT BUJUR, DENGAN WARNA BIRU, MEMPERLIHATKAN IMEJNYA SEPERTI WARNA PLANET NEPTUNE YANG DIAMBIL OLEH 'VOYAGER 2' PADA TAHUN 1989. NGC3918 BERADA 4,900 TAHUN CAHAYA DAN IA BERMAGNITUD +8.0.



~  NGC4622 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG JUGA DIKENALI SEBAGAI "THE BACKWARD GALAXY". 'LENGAN' BERPUTAR (SPIRAL ARMS) DI BAHAGIAN LUAR MERUPAKAN 'LENGAN' BERPUTAR UTAMA DAN 'HUJUNG'NYA MENUNJUKKAN ARAH PUSINGAN GALAKSI. NGC4622 BERMAGNITUD +12.6 DAN IA BERADA 111 JUTA TAHUN CAHAYA.



~  IC2944  JUGA DIKENALI SEBAGAI "THE RUNNING CHICKEN NEBULA". IA MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG DIKAITKAN DENGAN NEBULA PANCARAN (EMISSION NEBULA). IC2944 BERMAGNITUD +4.5. IA SEAKAN MENGGAMBARKAN SEEKOR AYAM YANG SEDANG BERLARI.



HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ CENTAURUS MENGHASILKAN HUJAN METEOR SEBANYAK TIGA KALI SETAHUN.
~  HUJAN METEOR ALPHA CENTAURIDS (METEOR SHOWER) BERLANSUNG ANTARA JANUARI 28 HINGGA FEBRUARI 21. KEMUNCAK (PEAK) HUJAN METEOR BERLAKU PADA FEBRUARI 7 DENGAN 'KADAR KEGUGURAN SEJAM' (ZENITH HOURLY RATE - ZHR) HANYALAH 6 METEOR SEJAM. RADIAN HUJAN METEOR INI ADALAH PADA RAD = 216O DENGAN DECL = -60O.
~  HUJAN METEOR OMICRON CENTAURIDS (METEOR SHOWER) BERLANGSUNG PADA JANUARI 31 HINGGA FEBRUARI 19 DI MANA KEMUNCAK (PEAK) HUJAN METEOR BERLAKU PADA FEBRUARI 11. ZHR HUJAN METEOR AMAT RENDAH IAITU HANYA 2 METEOR SEJAM.
~  HUJAN METEOR THETA CENTAURIDS (METEOR SHOWER) BERLANGSUNG PADA JANUARI 23 HINGGA MAC 12. KEMUNCAK (PEAK) HUJAN METEOR BERLAKU PADA FEBRUARI 14 DENGAN ZHR HANYA 4 METEOR SEJAM. RADIAN HUJAN METEOR INI ADALAH PADA RAD = 210O DAN DECL = -40O


SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:

                       CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                              atau
                       KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM


"ASK YOUR NEIGHBOR WHERE THE SUN RISES IN THE SKY; CHANCES ARE HE WILL NOT KNOW. ASK HIM THE PHASE OF THE MOON, OR WHETHER VENUS IS A MORNING STAR OR EVENING STAR. CHANCES ARE HE WILL NOT KNOW AND DOES NOT CARE"

No comments:

Post a Comment