BURUJ APUS
BURUNG SYURGA (BIRD OF PARADISE)
KATEGORI:
BURUJ
SINGKATAN:
APS
DESKRIPSI:
BURUJ APUS DIGAMBARKAN SEBAGAI SEEKOR BURUNG YANG BERASAL DARI SYURGA.
KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ APUS TERLETAK ANTARA -68O SELATAN DAN -84O SELATAN SERTA 13h50m DAN 18h20m. KEDUDUKAN BURUJ APUS DI HEMISFERA SELATAN MENYEBABKAN IA HANYA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +5O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -90O SELATAN SAHAJA. BURUJ APUS MEMPUNYAI KELUASAN 206 DARJAH (O) PERSEGI DAN IANYA MERUPAKAN BURUJ YANG KE 67 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ APUS IALAH:
~ DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ PAVO DAN BURUJ OCTANS
~ DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ OCTANS
~ DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ MUSCA DAN BURUJ CHAMAELEON
~ DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT PULA BURUJ ARA, BURUJ TRIANGULUM AUSTRALIS DAN BURUJ CIRCINUS
BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
BINTANG BINARI:
BURUJ APUS MEMPUNYAI SATU BINTANG BINARI.
~ BINTANG DELTA1 DAN BINTANG DELTA2 MEMBENTUK SATU BINARI YANG LUAS DAN JAUH (WIDE BINARY) KERANA "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION - SEP) ANTARA KEDUA-DUA BINTANG IALAH 103" (ARCSECOND). KEDUA-DUA BINTANG BERWARNA JINGGA DAN BERMAGNITUD +4.70 DAN +5.30. "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE - P.A) ANTARA MEREKA IALAH 12O.
BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BEBERAPA BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ APUS.
~ BINTANG DELTA1 IALAH BINTANG VARIABLE DAN IA DIKELASKAN SEBAGAI "GIANT IRREGULAR (Lb) VARIABLE". IA BERUBAH MAGNITUD DARI +4.68 KE MAGNITUD +4.87.
~ BINTANG THETA PULA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "SEMI-REGULAR VARIABLE" (SRb). IA MENGALAMI PERUBAHAN MAGNITUD DARI +6.40 HINGGA KE MAGNITUD +8.60.
~ BINTANG KAPPA1 IALAH BINTANG VARIABLE YANG DIKATEGORIKAN SEBAGAI "GAMMA CAS VARIABLE". PERUBAHAN MAGNITUD YANG KECIL IAITU DARI MAGNITUD +5.43 KE MAGNITUD +5.61.
PEMERHATIAN:
BURUJ APUS DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~ DALAM BULAN APRIL PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~ DALAM BULAN MEI PADA PUKUL 11 MALAM
~ DALAM BULAN JUN PADA PUKUL 10 MALAM
~ DALAM BULAN JULAI PADA PUKUL 9 MALAM
~ DALAM BULAN OGOS PADA PUKUL 8 MALAM
OBJEK 'DEEPSKY':
BURUJ APUS MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEPSKY' YANG MENARIK.
~ NGC6101
~ NGC5833
~ NGC6392
~ NGC6209
HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ APUS TIDAK MENGHASILKAN SEBARANG HUJAN METEOR (METEOR SHOWER).
SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
"THE STARS SURROUND US. AT NIGHT THEY ARE EVERY WHERE, DOTTING THE SKY; IN THE DAYTIME, ONE, OUR SUN, DOMINATES, ITS BRILLIANT LIGHT WASHING THE OTHERS AWAY UNTIL TWILIGHT YIELDS TO DARKNESS."
No comments:
Post a Comment