Monday, April 28, 2014

MENGENALI BURUJ - LUPUS

BURUJ LUPUS
MUSANG (THE WOLF)



KATEGORI:
BURUJ

SINGKATAN:
LUP

DESKRIPSI:
BURUJ LUPUS TELAH DIGAMBARKAN SEBAGAI SEEKOR MUSANG. 'LUPUS' DALAM BAHASA LATIN YANG BERMAKSUD MUSANG (THE WOLF). IA TIDAK ADA KAITAN DENGAN MANA-MANA MITOS. KEDUDUKAN BURUJ LUPUS YANG BERADA DI SEBELAH BURUJ CENTAURUS DAN JUGA BURUJ ARA (THE ALTAR), WALAUPUN AGAK JAUH DARINYA, MENGGAMBARKAN 'MUSANG' ITU AKAN MENJADI MANGSA UNTUK 'DIKORBAN'KAN (SACRIFICE). BURUJ LUPUS TELAH DI'PISAH'KAN DARI BURUJ CENTAURUS PADA KURUN KE 2 SEBELUM MASIHI (B.C). TETAPI, HINGGA PTOLEMY MENAMAKAN BURUJ INI SEBAGAI 'THE WOLF' (LUPUS). BAGI KEPERCAYAAN ORANG BABYLON PURBA, BURUJ LUPUS DIPANGGIL "UR-IDIM" YANG BERMAKNA 'ANJING LIAR' (WILD DOG).

KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ LUPUS TERLETAK DI -30O SELATAN DAN -55O SELATAN SERTA 14h20m DAN 16h10m. BURUJ LUPUS BERADA DI HEMISFERA SELATAN DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +35O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -90O SELATAN. BURUJ LUPUS MEMPUNYAI KELUASAN 334 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 46 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ LUPUS IALAH:
~  DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ SCORPIUS DAN BURUJ NORMA
~  DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ CIRCINUS
~  DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ CENTAURUS
~  DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT PULA BURUJ LIBRA, BURUJ SCORPIUS DAN BURUJ HYDRA

BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)



BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ LUPUS:
~  BINTANG GAMMA MERUPAKAN SATU BINTANG BINARI YANG HAMPIR (CLOSE BINARY) DENGAN KOMPANINYA (COMPANION). "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA-DUA BINTANG INI ADALAH 274O DAN "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION - SEP) ADALAH 0.68". BINTANG KOMPANI MENGORBIT SETIAP 147 TAHUN.
~  BINTANG EPSILON YANG MERUPAKAN BINTANG BINARI YANG JUGA HAMPIR (CLOSE BINARY) DENGAN KOMPANINYA YANG BERMAGNITUD +5.5; P.A PADA 247O DAN SEP PADA 0.6".
~  BINTANG ETA MEMPUNYAI BINTANG KOMPANI YANG BERMAGNITUD +7.8; P.A PADA 20O DAN SEP PADA 15". BINARI INI ADALAH SEBUAH BINARY TETAP (FIXED BINARY).
~  BINTANG KAPPA1 DAN BINTANG KAPPA2 MEMBENTUK SATU BINARI TETAP (FIXED BINARY) TETAPI BERADA BERJAUHAN (WIDE BINARY) DENGAN SEP 27". BINTANG KAPPA2 BERMAGNITUD +5.7 DENGAN P.A PADA 144O.
~  BINTANG MU PULA MERUPAKAN SEBUAH BINARI BERBILANG SISTEM (MULTIPLE SYSTEM BINARY) DENGAN KOMPANI B BERMAGNITUD +5.2; P.A PADA 142O DENGAN SEP PADA 1.2". MANAKALA, KOMPANI C PULA BERADA PADA P.A 130O SERTA SEP PADA 24".
~  BINTANG XI1 DAN BINTANG XI2 MEMBENTUK SATU BINARY TETAP (FIXED BINARY). BINTANG KOMPANI BERMAGNITUD +5.8; P.A PADA 49O DAN SEP PADA 10.4". BINARI INI MERUPAKAN BINARI YANG PALING MENARIK DALAM BURUJ LUPUS.



BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BEBERAPA BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ LUPUS.
~  BINTANG ALPHA DIKELASKAN DALAM KATEGORI "BETA CEPHEI TYPE VARIABLE". MAGNITUD BINTANG ALPHA BERUBAH DARI MAGNITUD +2.29 KE MAGNITUD +2.34 DALAM JANGKA MASA 6 JAM 14 MINIT.
~  BINTANG DELTA JUGA DIKELASKAN DALAM KATEGORI "BETA CEPHEI TYPE VARIABLE". MAGNITUD BINTANG DELTA BERUBAH DARI MAGNITUD +3.20 KE MAGNITUD +3.24 DALAM JANGKA MASA 3 JAM 58 MINIT.
~  BINTANG TAU1 JUGA DIKELASKAN SEBAGAI "BETA CEPHEI TYPE VARIABLE". MAGNITUD BINTANG TAU1 BERUBAH DARI MAGNITUD +4.54 KE MAGNITUD +4.58 DALAM JANGKA MASA 4 JAM 15 MINIT.

KATEGORI "BETA CEPHEI TYPE VARIABLE" ADALAH BINTANG YANG BESAR (MASSIVE STAR) DAN SANGAT BERCAHAYA (LUMINOUS) YANG BERPUTAR (ROTATE) DENGAN AMAT PANTAS (RAPID). IA MERUPAKAN VARIABLE YANG BERKELIP-KELIP (PULSATING) DENGAN JULAT PERUBAHAN MAGNITUD YANG AMAT KECIL. PROTOTAIP BINTANG YANG DIJADIKAN ASAS KATEGORI INI IALAH BINTANG BETA CEPHEI (BURUJ CEPHEUS) DAN BINTANG BETA CANIS MAJORIS (BURUJ CANIS MAJOR).

PEMERHATIAN:
BURJ LUPUS DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~  DALAM BULAN MAC PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~  DALAM BULAN APRIL PADA PUKUL 11 MALAM
~  DALAM BULAN MEI PADA PUKUL 10 MALAM
~  DALAM BULAN JUN PADA PUKUL 9 MALAM
~  DALAM BULAN JULAI PADA PUKUL 8 MALAM

OBJEK 'DEEPSKY':



BURUJ LUPUS MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEPSKY' YANG MENARIK.
~  NGC5822 MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG AMAT BESAR YANG MENGANDUNGI LEBIH KURANG SERATUS BIJI BINTANG YANG BERMAGNITUD ANTARA +9.0 HINGGA +12.0. NGC5822 BERADA 6,000 TAHUN CAHAYA DAN IANYA BERMAGNITUD +6.50 DENGAN KECERAHAN (BRIGHTNESS)(BRIGHTNESS) +14.25.



~  NGC5986 PULA MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER) YANG BERADA 45,000 TAHUN CAHAYA DARI BUMI. NGC5986 BERMAGNITUD +7.10 DENGAN KECERAHAN +11.80.



~  NGC5882 MERUPAKAN SEBUAH NEBULA PLANETARI (PLANETARY NEBULA) YANG MENGELUARKAN GAS DARIPADA PADUAN YANG BERLAKU DI DALAM 'TERAS' NEBULA. NGC5882 SEBENARNYA ADALAH GUMPALAN-GUMPALAN GAS DI SEKELILING BINTANG-BINTANG YANG TERBENTUK APABILA BINTANG TERSEBUT TELAH MELENGKAPKAN PADUAN DI DALAM 'TERAS' KEMUDIAN MENGELUARKAN GAS KE LAPISAN LUARAN. CAHAYA HIJAU TERHASIL APABILA ZARAH-ZARAH GAS OKSIGEN MENDAPAT ELEKTRON-ELEKTRON DARI GAS DI SEKELILING. NGC5882 BERMAGNITUD +9.40 DENGAN KECERAHAN +6.30.



~  NGC5927 MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER) TETAPI IANYA TIDAK BEGITU PADAT DI 'PUSAT'NYA. NGC5927 BERADA BERHAMPIRAN DENGAN SEMPADAN BURUJ NORMA DAN 24,800 TAHUN CAHAYA DARI BUMI. NGC5927 BERMAGNITUD +8.01 DENGAN KECERAHAN +13.44.



~  NGC5749 MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG BERMAGNITUD +8.80 DENGAN KECERAHAN +13.54.



~  NGC5824 MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER) YANG SUNGGUH PADAT DAN AMAT CERAH DENGAN NUKLEUS BINTANG-BINTANG YANG BERMAGNITUD +15.5 DAN LEBIH. IA TERLETAK BERHAMPIRAN DENGAN BURUJ CENTAURUS DI BAHAGIAN BARAT. NGC5824 BERMAGNITUD +9.09 DENGAN KECERAHAN +12.70. IA BERADA 104,400 TAHUN CAHAYA DARI BUMI.



~  NGC5643 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG DAPAT DILIHAT DARI GALAKSI BIMA SAKTI (MILKY WAY). NAMUN, IA TERHALANG OLEH DEBU-DEBU GALAKTIK. NGC5643 BERMAGNITUD +10.00 DENGAN KECERAHAN +13.00.



~  IC4406 JUGA DIKENALI SEBAGAI "THE RETINA NEBULA" YANG MERUPAKAN SEBUAH NEBULA PLANETARI (PLANETARY NEBULA). IC4406 ADALAH SEBUAH NEBULA YANG MEMPUNYAI DUA KUTUB (BI-POLAR) APABILA DICERAP DARI BUMI PADA BAHAGIAN 'SISI'. BAHAGIAN KIRI DAN BAHAGIAN KANAN KELIHATAN SIMETRI DENGAN WARNA-WARNA 'PELANGI' YANG CANTIK TERHASIL DARIPADA GAS-GAS DAN DEBU-DEBU YANG DIKELUARKAN DARI BINTANG YANG HAMPIR 'MATI'. IC4406 BERADA 2,000 TAHUN CAHAYA DARI BUMI.



HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ LUPUS TIDAK MENGHASILKAN SEBARANG HUJAN METEOR (METEOR SHOWER).

SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:

                  CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                     atau
                  KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM


"WE NOW FIND THAT WHILE SCIENCE AND TECHNOLOGY HAVE ADVANCED VERY FAST, MOST PEOPLE'S UNDERSTANDING OF THEM HAS NOT. MANY HAVE BEEN VERY SLOW IN KEEPING UP WITH SCIENCE DEVELOPMENTS AND THEIR IMPLICATIONS FOR SOCIETY."

No comments:

Post a Comment