Monday, April 28, 2014

KOMET HALLEY - SIRI 12

SEJARAH KEMUNCULAN KOMET HALLEY

530 MASIHI

KOMET HALLEY MUNCUL PADA BULAN SEPTEMBER DALAM TAHUN 530 MASIHI (A.D). TETAPI, IA TIDAKLAH SESUATU YANG MENGUJAKAN DALAM KEMUNCULANNYA KALI INI. NAMUN, GAMBARAN YANG DICATATKAN DAN DITINGGALKAN OLEH PENCATAT-PENCATAT PERISTIWA (CHRONICLERS) DARI EROPAH DAN CHINA, TANPA ADA KERAGUAN MENYAMAI IDENTITI KOMET HALLEY. TEMPOH PEMERHATIAN ADALAH DARI OGOS 29hb HINGGA SEPTEMBER 27hb.

KOMET HALLEY MELEWATI PLANET BUMI DALAM PERJALANAN MENUJU KE MATAHARI PADA OGOS 29hb IAITU LEBIH KURANG SEBULAN DARIPADA PERIHELIUM. SEMASA PENEMUAN ITU, KOMET HALLEY DIJANGKA AKAN TIBA KE JARAK TERDEKAT DENGAN MATAHARI (PERIHELIUM) PADA SEPTEMBER 27hb, KECERAHAN (BRIGHTNESS) BERTAMBAH SETIAP HARI. KEDUDUKANNYA YANG PALING MAKSIMA DI UTARA BUMI SEMAKIN BERKURANGAN DAN BERIKUTAN ITU GERAKANNYA KE SELATAN MENGHADKAN KETAMPAKANNYA. DALAM TEMPOH MASA TERSEBUT, KOMET HALLEY BERGERAK DARI BURUJ LYNX KE BURUJ LIBRA.


ORANG CINA MELAPORKAN 'EKOR' KOMET HALLEY BERUKURAN 9O PADA OGOS 29hb, IAITU YANG TERPANJANG DALAM KEMUNCULANNYA KALI INI. PADA SEPTEMBER 4hb, 'EKOR' KOMET HALLEY DILIHAT TIDAK LEBIH DARIPADA 2O SAHAJA PANJANGNYA DAN TIADA NOTA LAIN YANG DICATAT ATAU DIREKODKAN LAGI SELEPAS TARIKH ITU. KOMET HALLEY DILAPORKAN 'MENGHILANG' DARI PEMERHATIAN PADA SEPTEMBER 27hb SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).


BERIKUT ADALAH MAKLUMAT KEDUDUKAN KOMET HALLEY.

TARIKH  -  KEDUDUKAN (RA DAN DEC)  -  MAGNITUD
OGOS 19 -  06h33m        +29.7O                -  +4.7
OGOS 29 -  08h49m        +37.5O                -  +2.4
SEPT  03 -  11h52m        +31.1O                -  +1.5
SEPT  08 -  14h09m        +12.1O                -  +1.6
SEPT  18 -  15h30m        -05.5O                 -  +2.4
SEPT  28 -  15h43m        -11.2O                 -  +3.1
OKTO 08 -  15h40m        -14.1O                 -  +3.3


CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM            atau         KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

No comments:

Post a Comment