Tuesday, April 8, 2014

MENGENALI BULAN - SIRI 39

MONTES RECTI
BANJARAN GUNUNG (MOUNTAIN RANGE/MONTES) 




KATEGORI:
BANJARAN GUNUNG

LOKASI:
MONTES RECTI TERLETAK DI SUKU BARAT-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT MONTES RECTI ADALAH 20.0O BARAT DAN 48.0O UTARA. IA BERADA DI DALAM KAWASAN MARE IMBRIUM. IA DIPANGGIL "THE STRAIGHT RANGE" DALAM BAHASA LATIN KERANA BANJARAN INI AGAK LURUS.


KELUASAN:
MONTES RECTI MEMPUNYAI KELUASAN 90 KM PANJANG DENGAN KELEBARAN 20 KM. IA MENCAPAI KETINGGIAN 1,800 METER. KEDUDUKANNYA TERPISAH DARI BANJARAN GUNUNG YANG LAIN.

ERA PEMBENTUKAN:
MONTES RECTI TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.


CIRI-CIRI:
(UPDATE)

PEMERHATIAN:
MONTES RECTI MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KEDUA SELEPAS SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA SATU HARI SELEPAS SUKU TERAKHIR (LAST QUARTER).


PERALATAN:
UNTUK MENCERAP MONTES RECTI, TELESKOP JENIS 'REFRACTOR'  BERKUASA 50 mm DIPERLUKAN.

PENEROKAAN:
TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI MONTES RECTI.



SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:

              CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                atau
              KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM


"IT MAKES YOU RESPECT HOW TIME WAS MEASURED IN THE CENTURIES BEFORE THE INVENTION OF THE CALENDAR WATCH".

No comments:

Post a Comment