SEJARAH KEMUNCULAN KOMET HALLEY
451 MASIHI (A.D)
PADA SEBAGAI PETANDA, KOMET HALLEY MENDAPAT KEPENTINGAN BAHARU DALAM TAHUN 451 MASIHI (A.D). PADA MASA TERSEBUT, SELURUH EROPAH MERASAKAN BENCANA KEROSAKAN DARI 'ATTILA THE HUN'; IAITU DARI BANGSA GOTH DI GERMAN YANG TELAH MENYERANG SELURUH EROPAH. PENGUASAAN BANGSA GOTH ITU KELIHATAN SEPERTI TIDAK DAPAT DIHALANG DI MANA PASUKAN TENTERA YANG MENENTANG PASTINYA TUMPAS DAN TEWAS.
KEMUDIAN, SEMASA HARI YANG PALING PANJANG DALAM MUSIM PANAS, TERDAPAT TANDA KEMUNCULAN DI LANGIT. KELIHATAN SEBIJI BINTANG BEREKOR PANJANG MUNCUL DI LANGIT UTARA SEHINGGA KE WAKTU PAGI. PADA TAHUN TERSEBUT, DALAM PEPERANGAN "THE BATTLE OF CHALONS" YANG MERUPAKAN PEPERANGAN YANG PALING DAHSYAT DALAM SEJARAH, ATTILA DAN PASUKAN TENTERANYA TELAH DITEWASKAN OLEH TENTERA ROM YANG KETUAI OLEH GENERAL AETIUS. TEMPOH PEMERHATIAN ADALAH DARI JUN10hB HINGGA OGOS 16hb.
PADA KEMUNCULAN KALI INI, KOMET HALLEY KEMUNGKINAN DIKESAN UNTUK PERTAMA KALI PADA JUN 10hb DAN MUNCUL DALAM KESAMARAN DAN KEKABURAN WAKTU PAGI. KOMET HALLEY MASIH LAGI MEMPUNYAI MASA 2 MINNGU SEBELUM MENCAPAI JARAK TERDEKAT DENGAN MATAHARI (PERIHELIUM) YANG SEPATUTNYA BERLAKU PADA JUN 28hb DAN KECERAHANNYA MULA BERTAMBAH MENYINAR.
BERBEZA DENGAN KEMUNCULAN KOMET HALLEY SEBELUMNYA (PADA TAHUN 374 MASIHI), KEMUNCULAN PADA KALI INI TIDAK BERLAKU PADA JARAK YANG TERLALU HAMPIR DENGAN BUMI. WALAUPUN BEGITU, KOMET HALLEY MEMBUKTIKAN BAHAWA IANYA MASIH MEMBERI KESAN HEBAT DI UTARA EROPAH PADA PENGHUJUNG BULAN JUN. KOMET HALLEY BERADA DI ATAS UFUK SEPANJANG MALAM DENGAN EKORNYA YANG PANJANG MELENGKUNG DAN PERLAHAN-LAHAN BERPUSING DI SEKELILING "POLE STAR" (BINTANG DI KUTUB UTARA).
PADA MALAM PENEMUAN, KOMET HALLEY BERADA HAMPIR DENGAN "PLEIADES" DI BURUJ TAURUS. PADA JUN 18hb, KOMET HALLEY BERADA DI SEKITAR 'SEGI LIMA' BINTANG-BINTANG DI BURUJ AURIGA. LEBIH DARIPADA SEMINGGU KEMUDIAN, KOMET HALLEY BERADA 10O DI UTARA BINTANG CASTOR DAN BINTANG POLLUX DALAM BURUJ GEMINI. TIDAK LAMA SELEPAS ITU, KOMET HALLEY MELEPASI 'GABUNGAN' (CONJUNCTION) DENGAN MATAHARI. SEMASA BULAN JULAI, IA BOLEH DILIHAT DI SEBELAH BARAT SELEPAS MATAHARI TERBENAM, PERLAHAN-LAHAN MENJADI PUDAR DAN SAMAR-SAMAR APABILA MELEWATI BURUJ LEO HINGGA KE BURUJ VIRGO. LAPORAN TERAKHIR PEMERHATIAN IALAH PADA OGOS 16hb BERHAMPIRAN DENGAN BULAN BAHARU (NEW MOON).
BERIKUT ADALAH MAKLUMAT KEDUDUKAN KOMET HALLEY.
TARIKH - KEDUDUKAN (RA DAN DEC) - MAGNITUD
MEI 30 - 03h30m +23.5O - +5.5
JUN 09 - 03h48m +27.6O - +4.1
JUN 19 - 04h42m +35.2O - +2.4
JUN 29 - 08h02m +40.3O - +1.2
JUL 09 - 11h13m +18.3O - +1.4
JUL 19 - 12h03m +05.6O - +2.1
JUL 29 - 12h21m +00.1O - +3.4
OGO 08 - 12h30m +03.3O - +4.4
OGO 18 - 12h36m +05.6O - +5.2
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM atau KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment