"...KATAKANLAH: 'JIKALAU ADA TUHAN-TUHAN DI SAMPING-NYA, SEBAGAIMANA YANG MEREKA KATAKAN, NESCAYA TUHAN-TUHAN ITU MENCARI JALAN KEPADA TUHAN YANG MEMPUNYAI 'ARASY', MAHA SUCI DAN MAHA TINGGI DIA DARI APA YANG MEREKA KATAKAN DENGAN KETINGGIAN YANG SEBESAR-BESARNYA. LANGIT YANG TUJUH, BUMI DAN SEMUA YANG ADA DI DALAMNYA BERTASBIH KEPADA ALLAH. DAN TIADA SUATUPUN MELAINKAN BERTASBIH DENGAN MEMUJI-NYA, TETAPI KAMU SEKALIAN TIDAK MENGERTI TASBIH MEREKA. SESUNGGUHNYA DIA ADALAH MAHA PENYANTUN LAGI MAHA PENGAMPUN..."
SURAH AL ISRAA' (MEMPERJALANKAN DI MALAM HARI), JUZUK 15, AYAT 42 - 44
KITA JAGA ALLAH, ALLAH JAGA KITA. KITA LIHAT DI SEKELILING KITA BERAPA ORANGKAH YANG BENAR-BENAR MENURUT DAN MENGIKUT SEGALA PERINTAH-PERINTAH ALLAH? SEGALA YANG DIPERINTAHKAH WAJIP DIPATUHI UNTUK KESENANGAN HIDUP KITA DI DUNIA DAN JUGA DI AKHIRAT. TETAPI, KITA BOLEH MELIHAT, TIDAK RAMAI YANG BENAR-BENAR MENURUT DAN MEMATUHI PERINTAH-PERINTAH TERSEBUT. RAMAI YANG ENGKAR UNTUK MEMATUHINYA. MEREKA LUPA, BAHAWA SEMUA YANG DIPERINTAHKAN OLEH ALLAH MEMBAWA KEBAIKAN KEPADA MANUSIA DAN JUGA MAKHLUK-MAKHLUK ALLAH YANG LAIN. JANGAN KITA LUPA, BUMI INI ALLAH JADIKAN UNTUK MANUSIA MENTADBIRNYA SAHAJA TANPA MELUPAKAN SEMUA MAKHLUK-MAKHLUK YANG BERKONGSI DI ATAS MUKA BUMI INI. KADANG-KADANG, KITA MELAKUKAN SESUATU YANG KITA RASA MEMBERI KEBAIKAN KEPADA KITA, TETAPI TANPA MEMIKIRKAN DARI PROSPEKTIF MAKHLUK ALLAH YANG LAIN, MUNGKIN MEMBERI KEMUDARATAN PULA KEPADA MAKHLUK ALLAH YANG LAIN. KITA JAGA ALLAH, ALLAH JAGA KITA.
No comments:
Post a Comment