Friday, August 29, 2014

RENUNGAN JUMAAT

"...KATAKANLAH: "TERANGKANLAH KEPADAKU, JIKA ALLAH MENJADIKAN UNTUKMU MALAM ITU TERUS-MENERUS SAMPAI HARI KIAMAT, SIAPAKAH TUHAN SELAIN ALLAH YANG AKAN MENDATANGKAN SINAR TERANG KEPADAMU? MAKA APAKAH KAMU TIDAK MENDENGAR?". KATAKANLAH: "TERANGKANLAH KEPADAKU, JIKA ALLAH MENJADIKAN UNTUKMU SIANG ITU TERUS-MENERUS SAMPAI HARI KIAMAT, SIAPAKAH TUHAN SELAIN ALLAH YANG AKAN MENDATANGKAN MALAM KEPADAMU YANG KAMU BERISTIRAHAT PADANYA? MAKA APAKAH KAMU TIDAK MEMPERHATIKAN?. DAN KERANA RAHMAT-NYA, DIA JADIKAN UNTUKMU MALAM DAN SIANG, SUPAYA KAMU BERISTIRAHAT PADA MALAM ITU DAN SUPAYA KAMU MENCARI SEBAHAGIAN DARI KURNIA-NYA (PADA SIANG HARI) DAN AGAR KAMU BERSYUKUR KEPADA-NYA..."

           SURAH AL QASHASH (CERITA-CERITA); JUZUK 20; AYAT 71 - 73


KITA JAGA ALLAH, ALLAH AKAN JAGA KITA. TENANGKAH JIWA KITA SELEPAS MENGERJAKAN IBADAT PUASA RAMADAN? JIWA YANG TENANG SELEPAS MELAKUKAN IBADAT PUASA AKAN DAPAT MEMBERIKAN KETENANGAN DALAM KEHIDUPAN KITA SEHARI-HARI. KITA MANUSIA MEMPUNYAI JASAD, ROH, AKAL, NAFSU DAN JUGA HATI. SEGALA INI PENTING TERUTAMANYA KITA MENGAWAL NAFSU KITA. KITA GUNAKAN AKAL UNTUK MEMBEZAKAN YANG MANA BAIK DAN YANG MANA BURUK; YANG MANA PAHALA DAN YANG MANA DOSA; YANG MANA PERINTAH ALLAH DAN YANG MANA LARANGAN ALLAH. NAMUN, KITA HARUS SEDAR, BAHAWA HATILAH YANG MEMAINKAN PERANAN YANG PALING BESAR DALAM MENGAWAL DIRI KITA. SEKIRANYA HATI KITA ELOK, MAKA ELOKLAH SELURUH TUBUH BADAN KITA; SEKIRA HATI KITA BURUK, MAKA BURUKLAH SELURUH TUBUH BADAN KITA. SEGALA-GALANYA BERMULA DENGAN HATI. JAGALAH HATI KITA SUPAYA IANYA DALAM KEADAAN BAIK. JANGAN SAMPAI KITA MENCAPAI PERINGKAT 'BUTA HATI' SEHINGGA TIDAK DAPAT MENERIMA APA-APA YANG BAIK. KITA JAGA ALLAH, ALLAH JAGA KITA.

No comments:

Post a Comment