Wednesday, August 27, 2014

MENGENALI BURUJ - TUCANA

BURUJ TUCANA
BURUNG BERWARNA-WARNI DAN BERPARUH BESAR (THE TAUCAN)



KATEGORI:
BURUJ

SINGKATAN:
TUC

DESKRIPSI:
BURUJ TUCANA TIDAK DIKAITKAN DENGAN MITOS. IA DIGAMBARKAN SEBAGAI SEEKOR BURUNG BERWARNA-WARNI YANG MEMPUNYAI PARUH YANG BESAR SEPERTI BURUNG ENGGANG. TETAPI, 'TOUCAN' ADALAH BURUNG YANG HANYA TERDAPAT DI AMERIKA SELATAN. BURUJ TUCANA TELAH DIPERKENALKAN OLEH AHLI ASTRONOMI BELANDA BERNAMA PETRUS PLANCIUS PADA AKHIR KURUN KE 16. 

KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ TUCANA TERLETAK DI -56O SELATAN DAN -75O SELATAN SERTA 22h10m DAN 1h25m. BURUJ TUCANA BERADA DI HEMISFERA SELATAN DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +25O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -90O SELATAN. BURUJ TUCANA MEMPUNYAI KELUASAN 295 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 48 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ TUCANA IALAH:
~  DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ HYDRUS DAN BURUJ ERIDANUS
~  DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ OCTANS DAN BURUJ HYDRUS
~  DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ INDUS
~  DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT PULA BURUJ GRUS DAN BURUJ PHOENIX

BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)



BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ TUCANA:(BINARY STAR)(BINARY STAR)
~  BINTANG BETA1 DAN BINTANG BETA2
~  BINTANG DELTA
~  BINTANG KAPPA
~  BINTANG LAMBDA

BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BEBERAPA BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ TUCANA:
~  BINTANG THETA DIKELASKAN DALAM KATEGORI "DELTA SCUTI TYPE VARIABLE" DAN MAGNITUD BINTANG THETA BERUBAH DARI +6.06 KE MAGNITUD +6.15 DALAM JANGKA MASA 1 JAM 11 MINIT.
~  BINTANG NU PULA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "PULSATING VARIABLE" ATAU "LB TYPE VARIABLE". MAGNITUD BINTANG NU BERUBAH DARI +4.75 KE MAGNITUD +4.98 DALAM JANGKA MASA YANG TIDAK MENENTU (UNCERTAIN PERIOD).

PEMERHATIAN:
BURUJ TUCANA DAPAT DILIHAT DALAM BULAN-BULAN BERIKUT:
~  DALAM BULAN OGOS PADA JAM 12 TENGAH MALAM
~  DALAM BULAN SEPTEMBER PADA JAM 11 MALAM
~  DALAM BULAN OKTOBER PADA JAM 10 MALAM
~  DALAM BULAN NOVEMBER PADA JAM 9 MALAM
~  DALAM BULAN DISEMBER PADA JAM 8 MALAM

OBJEK 'DEEPSKY':
BURUJ TUCANA MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEP SKY' YANG MENARIK:
~  NGC104
~  NGC292
~  NGC362
~  NGC152
~  NGC330
~  NGC346
~  NGC248
~  NGC265
~  NGC290
~  NGC406
~  NGC419

HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ TUCANA TIDAK MENGHASILKAN SEBARANG HUJAN METEOR (METEOR SHOWER).

SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:

                  CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                          atau
                  KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

No comments:

Post a Comment