Monday, August 4, 2014

MENGENALI BURUJ - CIRCINUS

BURUJ CIRCINUS
KOMPAS (THE COMPASS)



KATEGORI:
BURUJ

SINGKATAN:
CIR

DESKRIPSI:
BURUJ CIRCINUS DIGAMBARKAN SEBAGAI SEBUAH KOMPAS.

KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ CIRCINUS TERLETAK DI -55O SELATAN DAN -71O SELATAN SERTA 18h40m DAN 15h30m. BURUJ CIRCINUS BERADA DI HEMISFERA SELATAN DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +30O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -90O SELATAN. BURUJ CIRCINUS MEMPUNYAI KELUASAN 93 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 85 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ CIRCINUS IALAH:
~  DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ NORMA DAN BURUJ TRIANGULUM AUSTRALIS
~  DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ APUS
~  DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ CENTAURUS DAN BURUJ MUSCA
~  DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT BURUJ LUPUS DAN BURUJ NORMA

BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)



BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ CIRCINUS:
~  BINTANG ALPHA MERUPAKAN SATU BINTANG BINARI 'VISUAL' DENGAN BINTANG KOMPANINYA (COMPANION) YANG KABUR (FAINT) IAITU BERMAGNITUD +9.0. "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA-DUA BINTANG IALAH 232O DAN "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION - SEP) ADALAH 0.9".
~  BINTANG GAMMA YANG MERUPAKAN SEBUAH BINTANG BINARI DENGAN KOMPANI YANG MEMPUNYAI MAGNITUD YANG SAMA IAITU +5.0, TETAPI MEMPUNYAI WARNA YANG BERBEZA DENGAN BINTANG GAMMA YANG BERWARNA BIRU DAN BINTANG KOMPANI PULA BERWARNA KUNING. P.A PADA 49O DAN SEP PULA PADA 0.9".

BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BEBERAPA BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ CIRCINUS:
~  BINTANG ALPHA DIKELASKAN DALAM KATEGORI "ALPHA CV TYPE VARIABLE" DAN MAGNITUD BINTANG ALPHA BERUBAH DARI +3.18 KE MAGNITUD +3.21.
~  BINTANG THETA PULA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "GAMMA CAS VARIABLE" DENGAN MAGNITUD BINTANG THETA BERUBAH DARI +5.02 KE MAGNITUD +5.44.

PEMERHATIAN:
BURUJ CIRCINUS DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~  DALAM BULAN APRIL PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~  DALAM BULAN MEI PADA PUKUL 11 MALAM
~  DALAM BULAN JUN PADA PUKUL 10 MALAM
~  DALAM BULAN JULAI PADA PUKUL 9 MALAM
~  DALAM BULAN OGOS PADA PUKUL 8 MALAM

OBJEK 'DEEP SKY':
BURUJ CIRCINUS MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEP SKY' YANG MENARIK:
~  NGC5823 MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) DENGAN 100 BIJI BINTANG. NGC5823 BERMAGNITUD +7.90 DENGAN KECERAHAN (BRIGHTNESS) +12.64. IA TERLETAK BERHAMPIRAN DENGAN SEMPADAN BURUJ LUPUS DAN IA BERADA 4,111 TAHUN CAHAYA DARI BUMI.



~  NGC5288 JUGA MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG BERMAGNITUD +11.80 DENGAN KECERAHAN +14.55.



~  NGC5315 PULA MERUPAKAN SEBUAH NEBULA PANCARAN (EMISSION NEBULA). IA BERMAGNITUD +9.8 DAN BERADA 7,000 TAHUN CAHAYA.



HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ CIRCINUS MENGHASILKAN SATU HUJAN METEOR (METEOR SHOWER) DALAM SETAHUN:
~  HUJAN METEOR ALPHA CIRCINIDS YANG MENGALAMI KEMUNCAK (PEAK) PADA 4hb, JUN DENGAN "KADAR KEGUGURAN SEJAM" (ZENITH HOURLY RATE - ZHR) PADA 15 METEOR SEJAM. IA MEMPUNYAI RADIAN BERHAMPIRAN DENGAN BINTANG BETA CIRCINI IAITU PADA R.A = 14h38m DAN DEC = -65O. HUJAN METEOR ALPHA CIRCINIDS DIKAITKAN DENGAN KOMET C/1969 TI.


SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEED BACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:

               CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                    atau
               KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

No comments:

Post a Comment