Monday, August 11, 2014

KOMET HALLEY - SIRI 27

SEJARAH KEMUNCULAN KOMET HALLEY.

1682 MASIHI.

KEMUNCULAN KALI INI MERUPAKAN SUATU SEJARAH KERANA EDMOND HALLEY TELAH MEMBUAT PENGIRAAN TENTANG KEHADIRAN KEMBALI KOMET HALLEY BERPANDUKAN KEHADIRAN KOMET HALLEY PADA TAHUN 1607 DAN JUGA PADA TAHUN 1531. MENARIKNYA, KEMUNCULAN KALI INI TIDAKLAH BEGITU MENAKJUBKAN - MALAH, PENAMPILAN KOMET HALLEY TIDAKLAH SEHEBAT KOMET YANG DICERAP DUA TAHUN YANG LALU (KOMET LAIN). TEMPOH PEMERHATIAN ADALAH DARI OGOS 26hb HINGGA SEPTEMBER 22hb.

KOMET HALLEY DIKESAN PERTAMA KALI OLEH LA HIRE DAN PICARD DI PERANCHIS PADA OGOS 26hb DI DALAM BURUJ LYNX, KOMET HALLEY KELIHATAN SEBELUM FAJAR MENYINGSING DI LANGIT SEBELAH TIMUR-LAUT PADA MAGNITUD KE 2. HARI-HARI BERLALU, KOMET HALLEY BERGERAK MELALUI BURUJ LEO MINOR, DENGAN MENGHELA 'EKOR' MENCAPAI UKURAN 30O PANJANG PADA OGOS 28hb.

JARAK PALING HAMPIR DENGAN BUMI BERLAKU PADA SEPTEMBER 1hb APABILA KOMET HALLEY BERADA 39 JUTA BATU DARI BUMI. PADA MASA TERSEBUT, KOMET HALLEY DAPAT DICERAP PADA LANGIT SEBELAH PAGI DAN JUGA LANGIT DI SEBELAH PETANG OLEH SEBAB "SUDUT SELISIH" UTARA (NORTHERN DECLINATION). PADA AWAL BULAN SEPTEMBER, KOMET HALLEY MENJADI OBJEK DI LANGIT SEBELAH PETANG DI MANA IA MELALUI BURUJ URSA MAJOR DAN BURUJ LEO DAN MEMASUKI BURUJ COMA BERENICES.

BERGERAK PANTAS KE ARAH TENGGARA, KOMET HALLEY MELALUI COMA BERENICES MENUJU KE BURUJ VIRGO PADA MALAM ANTARA SEPTEMBER 7hb DAN 8hb. BULAN KETIKA PHASA 'BULAN BAHARU' (NEW MOON) PADA HARI KE 2, SEMAKIN 'MEMBESAR' (WAXING) DAN IA MENGHALANG PENCERAPAN DAN PEMERHATIAN TERHADAP 'EKOR' KOMET HALLEY. HANYA 2O UKURAN PANJANG 'EKOR' DICERAP PADA 9hb, WALAUPUN KOMET HALLEY MASIH BERMAGNITUD KE 2.

KOMET HALLEY MENCAPAI "JARAK TERDEKAT DENGAN MATAHARI" (PERIHELION) DALAM ORBITNYA PADA SEPTEMBER 15hb DAN PEMERHATIAN BERTERUSAN SEHINGGA SEPTEMBER 22hb. KOMET HALLEY BERADA TIDAK JAUH KE TIMUR DARI BINTANG IOTA VIRGINIS (BURUJ VIRGO) DAN IANYA BARANGKALI BERMAGNITUD KE 3.

BERIKUT ADALAH MAKLUMAT KEDUDUKAN KOMET HALLEY.

TARIKH - KEDUDUKAN (RA DAN DEC)     - MAGNITUD
OGO 21  -  06h58m        +38.6O                  - +3.5
OGO 26  -  08h24m        +41.5O                  - +2.5
OGO 31  -  10h42m        +36.6O                  - +1.7
SEP  05   -  12h39m        +21.4O                  - +1.6
SEP  10   -  13h39m        +08.2O                  - +1.9
SEP  20   -  14h21m         -04.9O                  - +2.9
SEP  30   -  14h29m         -10.4O                  - +2.9


CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM         atau        KEM.ASTRONOMI.YAHOO.COM

No comments:

Post a Comment