"...ALLAH MEMPERGANTIKAN MALAM DAN SIANG. SESUNGGUHNYA PADA YANG DEMIKIAN ITU, TERDAPAT PELAJARAN YANG BESAR BAGI ORANG-ORANG YANG MEMPUNYAI PENGLIHATAN. DAN ALLAH TELAH MENCIPTAKAN SEMUA JENIS HAIWAN DARI AIR, MAKA SEBAGIAN DARI HAIWAN ITU ADA YANG BERJALAN DI ATAS PERUTNYA DAN SEBAGIAN BERJALAN DENGAN DUA KAKI, SEDANG SEBAGIAN (YANG LAIN) BERJALAN DENGAN EMPAT KAKI. ALLAH MENCIPTAKAN APA YANG DIKEHENDAKI-NYA, SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA KUASA ATAS SEGALA SESUATU. SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENURUNKAN AYAT-AYAT YANG MENJELASKAN. DAN ALLAH MEMIMPIN SIAPA YANG DIKEHENDAKI-NYA KEPADA JALAN YANG LURUS..."
SURAH AN-NUUR (CAHAYA), JUZUK 18, AYAT 44 - 46
KITA JAGA ALLAH, ALLAH AKAN JAGA KITA. IBADAH SOLAT MERUPAKAN AMALAN YANG PALING PENTING DALAM KEHIDUPAN MANUSIA. TANPA SOLAT, IBADAH-IBADAH LAIN TIDAK DIHITUNG DI AKHIRAT NANTI. DI MANAKAH TAHAP IBADAH SOLAH KITA? ADAKAH IBADAH SOLAT KITA PADA TAHAP "SOLAT ORANG JAHIL" YANG MANA SOLAT YANG DILAKUKAN TANPA ADA ILMU PENGETAHUAN MENGENAI SOLAT. ADAKAH SOLAT KITA PADA TAHAP "SOLAT KEBANYAKAN ORANG" YANG MANA SOLAT DILAKUKAN MENGIKUT ORANG LAIN. ADAKAH SOLAT KITA PADA TAHAP "SOLAT ORANG ARIF"? ADAKAH SOLAT KITA PADA TAHAP "SOLAT ORANG HOSSIIN" YANG MANA SOLAT GOLONGAN INI MENDATANGKAN KETENANGAN JIWA DAN KEKUSYUKKAN DALAM SOLAT. SOLAT GOLONGAN INI DAPAT MENJAUHKAN DIRI DARI MELAKUKAN DOSA DAN MAKSIAT. ADAKAH SOLAT KITA PADA TAHAP TERTINGGI IAITU "SOLAT ORANG SIDDIQIN"? DI MANAKAH TAHAP SOLAT KITA? SEKIRANYA KITA MELAKUKAN SOLAT TETAPI MASIH MELAKUKAN DOSA DAN MAKSIAT, MAKA SOLAT KITA MASIH TIDAK SEMPURNA. KITA JAGA ALLAH, ALLAH JAGA KITA.
No comments:
Post a Comment