Friday, August 8, 2014

RENUNGAN JUMAAT

"...MAHA SUCI ALLAH YANG MENJADIKAN DI LANGIT GUGUSAN-GUGUSAN BINTANG DAN DIA MENJADIKAN JUGA PADANYA MATAHARI DAN BULAN YANG BERCAHAYA. DAN DIA (PULA) YANG MENJADIKAN MALAM DAN SIANG SILIH BERGANTI BAGI ORANG YANG INGIN MENGAMBIL PELAJARAN ATAU ORANG YANG INGIN BERSYUKUR. DAN HAMBA-HAMBA YANG BAIK DARI TUHAN YANG MAHA PENYAYANG ITU (IALAH) ORANG-ORANG YANG BERJALAN DI ATAS BUMI DENGAN RENDAH HATI DAN APABILA ORANG-ORANG JAHIL MENYAPA MEREKA, MEREKA MENGUCAPKAN KATA-KATA (YANG MENGANDUNG) KESELAMATAN. DAN ORANG YANG MELALUI MALAM HARI DENGAN BERSUJUD DAN BERDIRI UNTUK TUHAN MEREKA..."

            SURAH AL-FURQAAN (PEMBEDA), JUZUK 19, AYAT 61 - 64


KITA JAGA ALLAH, ALLAH AKAN JAGA KITA. KETAHUILAH BAHAWA KITA MANUSIA MEMPUNYAI IMAN YANG BERUBAH-UBAH. IMAN MANUSIA BOLEH MENJADI LEBIH TINGGI DAN LEBIH MULIA DARIPADA MALAIKAT YANG SENTIASA BERIBADAH KEPADA MAHA PENCIPTANYA. IMAN MALAIKAT TETAP DAN TIDAK BERUBAH-UBAH. BAYANGKAN KITA MANUSIA LEBIH BAGUS IMANNYA DARIPADA MALAIKAT! BAGAIMANA PULA IMAN MANUSIA YANG SENTIASA MELAKUKAN DOSA DAN MAKSIAT. IMAN SEBEGINI DINILAIKAN SEBAGAI IMAN YANG LEBIH TERUK DARIPADA HAIWAN ATAU BINATANG. HAIWAN YANG TIDAK DIKURNIAKAN AKAL FIKIRAN MASIH TAHU MEMBEZAKAN YANG ZAHIR DAN BATIN. INIKAN PULA KITA MANUSIA YANG DIKURNIAKAN AKAL FIKIRAN YANG SEMPURNA. NAMUN MASIH MELAKUKAN DOSA DAN MAKSIAT KEPADA ALLAH. MAKA MANUSIA MENJADI LEBIH HINA DARIPADA BINATANG. KITA JAGA ALLAH, ALLAH JAGA KITA.

No comments:

Post a Comment