BURUJ DELPHINUS
IKAN LUMBA-LUMBA (THE DOLPHIN)
KATEGORI:
BURUJ
SINGKATAN:
DEL
DESKRIPSI:
BURUJ DELPHINUS DIGAMBARKAN SEBAGAI SEEKOR IKAN LUMBA-LUMBA. 'DELPHINUS' BERMAKNA 'DOLPHIN' (IKAN LUMBA-LUMBA) DALAM BAHASA LATIN. BURUJ DELPHINUS MELAMBANGKAN IKAN LUMBA-LUMBA YANG DIHANTAR OLEH DEWA LAUT, POSEIDON, UNTUK MENCARI AMPHITRITE, IAITU PARI-PARI YANG INGIN DIKAHWININYA. 'DOLPHIN' TELAH MENJUMPAI AMPHITRITE DAN MEMBAWANYA KE HADAPAN POSEIDON. AKHIRNYA MEREKA BERKAHWIN DAN BAGI MENGHARGAI JASA 'DOLPHIN', POSEIDON TELAH MELETAKKAN 'DOLPHIN' DI KALANGAN BINTANG-BINTANG DI LANGIT. BURUJ DELPHINUS TELAH DI KATALOGKAN BUAT PERTAMA KALI OLEH AHLI ASTRONOMI YUNANI BERNAMA PTOLEMY PADA KURUN KE 2.
KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ DELPHINUS TERLETAK DI +3O UTARA DAN +21O UTARA SERTA 20h15m DAN 21h10m. BURUJ DELPHINUS BERADA DI HEMISFERA UTARA DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +90O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -70O SELATAN. BURUJ DELPHINUS MEMPUNYAI KELUASAN 189 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 69 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ DELPHINUS IALAH:
~ DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ PEGASUS DAN BURUJ EQUULEUS
~ DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ AQUILA DAN BURUJ AQUARIUS
~ DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ SAGITTA DAN BURUJ AQUILA
~ DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT PULA BURUJ VULPECULA
BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)
BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ DELPHINUS:
~ BINTANG BETA MERUPAKAN SEBUAH BINARI 'VISUAL' DI MANA BINTANG KOMPANINYA (COMPANION) MENGORBIT SETIAP 26.7 TAHUN. BINTANG KOMPANI BERMAGNITUD +4.90. "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA-DUA BINTANG ADALAH 343O DENGAN "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION - SEP) PULA PADA 0.5".
~ BINTANG GAMMA1 DAN BINTANG GAMMA2 MEMBENTUK SATU BINARI YANG MENARIK. BINTANG GAMMA1 BERWARNA KUNING, MANAKALA BINTANG GAMMA2 BERWARNA JINGGA DAN BERMAGNITUD +5.50; P.A PADA 258O DAN SEP PADA 9.6".
BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ DELPHINUS:
~ BINTANG R DELPHINI ADALAH SEBUAH BINTANG VARIABLE YANG BERUBAH MAGNITUD DARI +7.60 HINGGA KE MAGNITUD +13.80 DALAM JANGKA MASA 285.07 HARI. IA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "MIRA TYPE VARIABLE".
PEMERHATIAN:
BURUJ DELPHINUS DAPAT DILIHAT DALAM BULAN-BULAN BERIKUT:
~ DALAM BULAN JUN PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~ DALAM BULAN JULAI PADA PUKUL 11 MALAM
~ DALAM BULAN OGOS PADA PUKUL 10 MALAM
~ DALAM BULAN SEPTEMBER PADA PUKUL 9 MALAM
~ DALAM BULAN OKTOBER PADA PUKUL 8 MALAM
OBJEK 'DEEP SKY':
BURUJ DELPHINUS MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEP SKY' YANG MENARIK:
~ NGC7006
~ NGC6934
~ NGC6905
~ NGC6928
~ NGC6956
~ NGC6891
HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ DELPHINUS TIDAK MENGHASILKAN SEBARANG HUJAN METEOR (METEOR SHOWER).
SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment