Tuesday, September 9, 2014

MENGENALI BULAN - SIRI 60

VALLIS PALITZSCH
LEMBAH PALITZSCH


KATEGORI:
LEMBAH (VALLEY / VALLIS)


LOKASI:
VALLIS PALITZSCH TERLETAK DI SUKUAN TENGGARA PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT VALLIS PALITZSCH ADALAH 65.0O TIMUR DAN 25.0O SELATAN. IA BERADA DI PINGGIR SEBELAH SELATAN MARE FECUNDITATIS.


KELUASAN:
VALLIS PALITZSCH MERUPAKAN SEBUAH LEMBAH SEPANJANG 132 km.


ERA PEMBENTUKAN:
VALLIS PALITZSCH TERBENTUK PADA ERA NECTARIAN IAITU LEBIH KURANG -3.92 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.85 BILION TAHUN DAHULU.


CIRI-CIRI:
(UPDATE)


PEMERHATIAN:
VALLIS PALITZSCH MEMPUNYAI FORMASI YANG AGAK MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KE TIGA SELEPAS BULAN BAHARU (NEW MOON) HINGGA HARI KEDUA SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).


PERALATAN:
UNTUK MENCERAP VALLIS PALITZSCH, TELESKOP JENIS 'REFRACTOR' BERKUASA LENSA 100 mm DIPERLUKAN.


PENEROKAAN:
TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI KAWASAN VALLIS PALITZSCH.

PENGHORMATAN:
VALLIS PALITZSCH DINAMAKAN SEMPENA JOHANN G.PALITZSCH. PALITZSCH ADALAH SEORANG AHLI ASTRONOMI GERMAN PADA KURUN KE 18. BELIAU DILAHIRKAN DI GERMAN PADA 11hb JUN, 1723 DAN MENINGGAL DUNIA PADA 21hb FEBRUARI, 1788 DI GERMAN. PALITZSCH PERNAH MEMERHATIKAN DAN MENGKAJI KOMET HALLEY YANG MUNCUL PADA TAHUN 1758.



SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:

                  CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                    atau
                  KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

No comments:

Post a Comment