LEMBAH RHEITA
LEMBAH (VALLEY / VALLIS)
LOKASI:
VALLIS RHEITA TERLETAK DI SUKUAN TENGGARA PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT VALLIS RHEITA ADALAH 51.0O TIMUR DAN 42.0O SELATAN. IA BERADA DI KAWASAN VALLIS RHEITA REGION.
KELUASAN:
VALLIS RHEITA MERUPAKAN LEMBAH SEPANJANG 445 km. VALLIS RHEITA MEMPUNYAI KELEBARAN 30 km DAN JUGA DI SETENGAH-SETENGAH TEMPAT YANG AGAK SEMPIT DENGAN KELEBARAN HANYA 10 km.
ERA PEMBENTUKAN:
VALLIS RHEITA TERBENTUK PADA ERA PRE-IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -4.55 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.85 BILION TAHUN DAHULU.
CIRI-CIRI:
(UPDATE)
PEMERHATIAN:
VALLIS RHEITA MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH AMAT MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KE EMPAT SELEPAS BULAN BAHARU (NEW MOON) HINGGA HARI KE TIGA SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).
PERALATAN:
UNTUK MENCERAP VALLIS RHEITA, TELESKOP JENIS 'REFRACTOR' DENGAN KUASA 50 mm DIPERLUKAN.
PENEROKAAN:
TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI KAWASAN VALLIS RHEITA.
PENGHORMATAN:
VALLIS RHEITA DINAMAKAN SEMPENA NAMA ANTON MARIA SCHYRLAEUS VON RHEITA. RHEITA ADALAH SEORANG AHLI ASTRONOMI CZECH PADA KURUN KE 17. IA DILAHIRKAN DI BOHEME, CZECOSLOVAQUIA PADA TAHUN 1597 DAN MENINGGAL DUNIA DALAM TAHUN 1660 DI RAVENNE.
SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment