"...SEGALA PUJI BAGI ALLAH PENCIPTA LANGIT DAN BUMI, YANG MENJADIKAN MALAIKAT SEBAGAI UTUSAN-UTUSAN (UNTUK MENGURUS BERBAGAI MACAM URUSAN) YANG MEMPUNYAI SAYAP, MASING-MASING (ADA YANG) DUA, TIGA DAN EMPAT. ALLAH MENAMBAHKAN PADA CIPTAAN-NYA APA YANG DIKEHENDAKI-NYA. SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA KUASA ATAS SEGALA SESUATU. APA SAHAJA YANG ALLAH ANUGERAHKAN KEPADA MANUSIA BERUPA RAHMAT, MAKA TIDAK ADA SEORANGPUN YANG DAPAT MENAHANNYA; DAN APA SAHAJA YANG DITAHAN OLEH ALLAH MAKA TIDAK SEORANGPUN YANG SANGGUP UNTUK MELEPASKANNYA SESUDAH ITU. DAN DIALAH YANG MAHA PERKASA LAGI MAHA BIJAKSANA..."
SURAH FAATHIR (PENCIPTA); JUZUK 22; AYAT 1 - 2
KITA JAGA ALLAH, ALLAH AKAN JAGA KITA. MANUSIA DIJADIKAN ALLAH DARIPADA TANAH. MALAIKAT DARIPADA CAHAYA DAN IBLIS SERTA SYAITAN DARIPADA API. SETIAP MAKHLUK ALLAH DIJADIKAN DARIPADA BAHAN-BAHAN YANG BERBEZA. KETAHUILAH, KETUA IBLIS DAN PENGIKUT-PENGIKUTNYA DARI KALANGAN SYAITAN TELAH MENGHUNI SYURGA BERSAMA-SAMA DENGAN MALAIKAT-MALAIKAT. MEREKA SANGAT TAAT KEPADA ALLAH SEHINGGA ALLAH MENCIPTAKAN NABI ADAM A.S. IBLIS YANG BERNAMA AZAZIL TIDAK BERSETUJU DAN BERMULA DARI SAAT ALLAH MEMERINTAHKAN SEMUA MAKHLUK DI SYURGA SUPAYA TUNDUK MENGHORMATI NABI ADAM A.S, IBLIS TELAH MENJADI TIDAK HORMAT DAN BERTINDAK UNTUK MENENTANG ALLAH. MAKA, APAKAH KITA MAHU MENJADI SEPERTI IBLIS DAN SYAITAN YANG TIDAK MENURUT PERINTAH ALLAH? BARANGSIAPA YANG MENGIKUT TELUNJUK IBLIS DAN SYAITAN, TEMPATNYA ADALAH DI NERAKA. KITA JAGA ALLAH, ALLAH JAGA KITA.
No comments:
Post a Comment