SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU-GURU DI MALAYSIA DAN JUGA HAPPY TEACHER'S DAY TO ALL TEACHERS ALL OVER THE GLOBE. GURU-GURU TELAH MENCURAHKAN ILMU DAN KERINGAT KEPADA ANAK BANGSA DALAM MENDIDIK MEREKA MENJADI INSAN YANG BERGUNA KEPADA AGAMA, NEGARA DAN BANGSA. NAMUN, TIDAK SEMUA JASA DAN KERINGAT GURU-GURU DIINGATI DAN DIKENANG. HANYA INSAN-INSAN YANG BERIMAN DAN BERGUNA SAHAJA MENGENANG JASA GURU-GURU YANG TELAH MENGAJAR MEREKA MENJADI INSAN BERGUNA KEPADA MASYARAKAT. KEPADA GURU-GURU, JANGAN JADIKAN INI SEBAGAI ALASAN UNTUK TIDAK MENERUSKAN CITA-CITA MURNI ANDA. NIAT ANDA ADALAH LEBIH SUCI DAN LEBIH MENGEMBIRAKAN DI SISI TUHAN. DENGAN NIAT UNTUK MENABUR BAKTI MENDIDIK MANUSIA DAN MENABUR ILMU KEPADA SEMUA MANUSIA. SELAMAT HARI GURU.
SELAMAT HARI GURU DAN TERIMA KASIH KERANA MENGAJAR DAN MENDIDIK KAMI SEMUA. KEPADA GURU-GURU YANG MENGAJAR SEMASA KAMI DI SEKOLAH KEBANGSAAN (DI KUALA LIPIS), TERIMA KASIH KEPADA CIKGU ABDUL GHANI, CIKGU SAMSUDDIN, CIKGU RAHMAN, CIKGU ARIFFIN, CIKGU ZAITON, USTAZAH HABIBAH, DAN CIKGU-CIKGU SEMUA. UNTUK GURU-GURU YANG MENGAJAR KAMI DI SEKOLAH MENENGAH DI IPOH, IAITU CIKGU MAT WIZIR, CIKGU GOH CHENG LEONG, CIKGU SITI SARAH, CIKGU JAMILAH, CIKGU ROSELI, CIKGU TUNG TEIK LEONG, CIKGU CHOONG SWEE CHING, CIKGU KOK KEE CHAI, USTAZ FAKHARUDDIN, USTAZ MOHAMMAD, CIKGU YANG RAZALI, CIKGU LEE SOON CHING, CIKGU VELUPPILAI (MY CRICKET COACH), CIKGU LIEW MUI CHONG, CIKGU NADZIR, CIKGU LEE CHOO LUNG, DAN TERISTIMEWA UNTUK CIKGU ZALEHA SERTA SEMUA GURU-GURU DI SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN, LORONG HARIMAU, IPOH. THANKS A LOT FOR EVERY THING YOU ALL TAUGHT ME. SEMOGA TUHAN MEMBALAS SEGALA JASA DAN PENGORBANAN CIKGU-CIKGU SEMUA SEHINGGA KAMI DAPAT MELANJUTKAN PELAJARAN KE USA. THANKS AGAIN.
No comments:
Post a Comment