"...MAHA SUCI TUHAN YANG EMPUNYA LANGIT DAN BUMI, TUHAN YANG EMPUNYA 'ARSY, DARI APA YANG MEREKA SIFATKAN ITU. MAKA BIARLAH MEREKA TENGGELAM (DALAM KESESATAN) DAN BERMAIN-MAIN SAMPAI MEREKA MENEMUI HARI YANG DIJANJIKAN KEPADA MEREKA. DAN DIA-LAH TUHAN (YANG DISEMBAH) DI LANGIT DAN TUHAN (YANG DISEMBAH) DI BUMI DAN DIA-LAH YANG MAHA BIJAKSANA LAGI MAHA MENGETAHUI. DAN MAHA SUCI TUHAN YANG MEMPUNYAI KERAJAAN LANGIT DAN BUMI; DAN APA YANG ADA DI ANTARA KEDUANYA; DAN DI SISI-NYA-LAH PENGETAHUAN TENTANG HARI KIAMAT DAN HANYA KEPADA-NYA-LAH KAMU DIKEMBALIKAN..."
SURAH AZ ZUKHRUF (PERHIASAN), JUZUK 25, AYAT 82 HINGGA 85.
KITA JAGA ALLAH, ALLAH AKAN JAGA KITA. DARI KECIL KITA DIHANTAR OLEH KEDUA IBU DAN BAPA KITA KE SEKOLAH UNTUK MENIMBA ILMU. PADA PERMULAAN, KITA TIDAK MENGETAHUI APA-APA SEHINGGA IBU DAN BAPA KITA MULA MENGAJAR KITA A, B, C DAN SETERUSNYA. DARI TIDAK PANDAI MENGIRA 1, 2, 3 DAN SETERUSNYA, IBU DAN BAPA KITA MENGAJAR KITA HINGGA KITA DAPAT MENGHAFAL A, B, C DAN 1, 2, 3. KITA KE SEKOLAH UNTUK DIAJAR PULA OLEH GURU-GURU. SETERUSNYA, KITA MELANJUTKAN PELAJARAN KE PERINGKAT LEBIH TINGGI; KE KOLEJ DAN UNIVERSITI; SAMAADA DI DALAM NEGARA ATAU DI LUAR NEGARA. ILMU YANG KITA ADA ITU KITA GUNAKAN UNTUK APA? TIDAKKAH MENJADI KEWAJIBAN KEPADA KITA UNTUK KITA MENGAJARKANNYA? APAKAH ILMU ITU HANYA UNTUK DIRI KITA SAHAJA? SIA-SIA KALAU ILMU YANG KITA PELAJARI TERSEBUT TER'PERAP' DI BENAK KEPALA KITA SAHAJA. ALLAH TELAH MENURUNKAN ILMU-ILMU KEPADA NABI-NABI DAN RASUL-RASUL UNTUK DISEBARKAN KEPADA UMAT MASING-MASING. APAKAH SUMBANGAN KITA DALAM MENGEMBANGKAN ILMU PENGETAHUAN INI? KITA JAGA ALLAH, ALLAH AKAN JAGA KITA.
No comments:
Post a Comment