BURUNG MERPATI (THE DOVE)
KATEGORI:
BURUJ
SINGKATAN:
COL
DESKRIPSI:
BURUJ COLUMBA DIGAMBARKAN SEBAGAI SE EKOR BURUNG MERPATI (DOVE).
KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ COLUMBA TERLETAK DI -27O SELATAN DAN -43O SELATAN SERTA 5h05m DAN 6h40m. BURUJ COLUMBA BERADA DI HEMISFERA SELATAN DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +45O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -90O SELATAN. BURUJ COLUMBA MEMPUNYAI KELUASAN 270 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 54 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ COLUMBA IALAH:
~ DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ PUPPIS
~ DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ PICTOR DAN BURUJ PUPPIS
~ DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ CAELUM
~ DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT PULA BURUJ LEPUS DAN BURUJ CANIS MAJOR
BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)
BINTANG BINARI:
TIADA BINTANG BINARI (BINARY STAR) DI DALAM BURUJ COLUMBA.
BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BEBERAPA BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ COLUMBA:
~ BINTANG R COL ADALAH SATU BINTANG VARIABLE YANG BERUBAH MAGNITUD DARI +8.00 HINGGA KE MAGNITUD +14.00 DALAM JANGKA MASA 327 HARI. IA DIKELASKAN SEBAGAI "MIRA-TYPE VARIABLE".
~ BINTANG T COL ADALAH SATU BINTANG VARIABLE YANG BERUBAH MAGNITUD DARI +6.70 HINGGA KE MAGNITUD +12.60 DALAM JANGKA MASA 225 HARI. IA JUGA DIKELASKAN SEBAGAI "MIRA-TYPE VARIABLE".
PEMERHATIAN:
BURUJ COLUMBA DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~ DALAM BULAN NOVEMBER PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~ DALAM BULAN DISEMBER PADA PUKUL 11 MALAM
~ DALAM BULAN JANUARI PADA PUKUL 10 MALAM
~ DALAM BULAN FEBRUARI PADA PUKUL 9 MALAM
~ DALAM BULAN MAC PADA PUKUL 8 MALAM
OBJEK 'DEEPSKY':
BURUJ COLUMBA MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEPSKY' YANG MENARIK:
~ NGC1851 MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER) YANG PALING MENARIK DALAM BURUJ COLUMBA. IA AGAK KABUR (FAINT) DENGAN MAGNITUD +7.30 DAN KECERAHAN (BRIGHTNESS) +12.25.
~ NGC1792 PULA MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG BERMAGNITUD +10.20 DENGAN KECERAHAN +12.90.
~ NGC1808 JUGA MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG MENARIK. IA BERMAGNITUD +9.90 DENGAN KECERAHAN +13.30.
HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ COLUMBA TIDAK MENGHASILKAN SEBARANG HUJAN METEOR (METEOR SHOWER).
SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
"WHAT WAS MOST SIGNIFICANT ABOUT THE LUNAR VOYAGE WAS NOT THAT MEN SET FOOT ON THE MOON BUT THAT THEY SET EYE ON THE EARTH". ~ NORMAN COUSINS
No comments:
Post a Comment