Thursday, May 22, 2014

HUJAN METEOR 209P/LINEAR

HUJAN METEOR 209P/LINEAR.

HUJAN METEOR 209P/LINEAR ADALAH SATU HUJAN METEOR YANG BAHARU. IA TIDAK PERNAH BERLAKU. KENAPA IANYA BERLAKU PADA 23hb DAN 24hb MEI? 

SEBUAH KOMET YANG KECIL DIPANGGIL SEBAGAI KOMET 209P/LINEAR TELAH DIKESAN PADA TAHUN 2004 DAN MEMPUNYAI ORBIT 5.1 TAHUN MENGELILINGI MATAHARI SEHINGGA MELEWATI PLANET MUSYTARI. APABILA KOMET 209P/LINEAR MENGHAMPIRI MATAHARI, IA MENJADI PANAS DAN MEMBEBASKAN BERTAN-TAN GAS, DEBU DAN SERPIHAN BATU-BATAN. TINGGALAN DARI KOMET 209P/LINEAR AKAN TERTARIK OLEH GRAVITI BUMI DAN MENGHASILKAN HUJAN METEOR. 



DALAM BULAN FEBRUARI, 2012, KOMET 209P/LINEAR MELEWATI PLANET MUSYTARI PADA JARAK 54 JUTA BATU. KESAN DARIPADA TARIKAN GRAVITI PLANET MUSYTARI TELAH MENYEBABKAN KOMET 209P/LINEAR BERUBAH ORBITNYA DAN BERGERAK LEBIH HAMPIR DENGAN BUMI PADA JARAK 280,000 BATU IAITU JARAK YANG LEBIH KURANG SAMA DENGAN JARAK BULAN DARI BUMI.



HUJAN METEOR INI KINI DIKENALI SEBAGAI HUJAN METEOR CAMELOPARDALIDS KERANA RADIAN HUJAN METEOR INI IALAH BERHAMPIRAN DENGAN BURUJ CAMELOPARDALIS DAN JUGA BINTANG UTARA, POLARIS SERTA DI ANTARA 'BIG DIPPER' DAN  BENTUK-W BURUJ CASSIOPEIA. HUJAN METEOR CAMELOPARDALIDS ADALAH HUJAN METEOR YANG BAHARU PERTAMA KALI DAPAT DISAKSIKAN.



KOMET 209P/LINEAR AKAN BERADA PALING HAMPIR DENGAN BUMI PADA MEI 29hb TETAPI IANYA HANYA KELIHATAN PADA MAGNITUD +11.00.

JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MENYAKSIKAN HUJAN METEOR CAMELOPARDALIDS PADA MEI 23hb DAN 24hb ANTARA PUKUL 8:00 malam HINGGA 11:00 malam.


CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM      atau       KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

No comments:

Post a Comment