KUCING LIAR (THE LYNX)
KATEGORI:
BURUJ
SINGKATAN:
LYN
DESKRIPSI:
BURUJ LYNX DIGAMBARKAN SEBAGAI SEEKOR KUCING LIAR. IA TIDAK DIKAITKAN DENGAN MANA-MANA MITOS. BURUJ LYNX DIPERKENALKAN OLEH SEORANG AHLI ASTRONOMI POLAND BERNAMA JOHANNES HEVELIUS PADA KURUN KE 17. IA DILAKUKAN UNTUK MENGISI KEKOSONGAN RUANG ANGKASA ANTARA BURUJ AURIGA DAN BURUJ URSA MAJOR. BURUJ LYNX INI SANGAT KABUR. IA MEMERLUKAN 'PENGLIHATAN' SEPERTI 'THE LYNX' UNTUK MELIHAT BURUJ LYNX.
KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ LYNX TERLETAK DI +33O UTARA DAN +62O UTARA SERTA 6h20m DAN 9h40m. BURUJ LYNX BERADA DI HEMISFERA UTARA DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +90O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -55O SELATAN. BURUJ LYNX MEMPUNYAI KELUASAN 545 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 28 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ LYNX IALAH:
~ DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ URSA MAJOR DAN BURUJ LEO MINOR
~ DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ GEMINI, BURUJ CANCER DAN BURUJ LEO
~ DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ AURIGA
~ DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT BURUJ CAMELOPARDALIS DAN BURUJ URSA MAJOR
BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)
BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ LYNX:
~ BINTANG 12 LYNCIS MERUPAKAN SATU BINTANG BINARI BERBILANG SISTEM (MULTIPLE SYSTEM BINARY) DENGAN KOMPANI (COMPANION) B DAN C. BINARI INI BERADA 200 TAHUN CAHAYA DARI BUMI. KOMPANI B MENGORBIT SETIAP 699 TAHUN. "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA-DUA BINTANG IALAH 69O DAN "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION -SEP) ADALAH 1.7". MANAKALA, KOMPANI C PULA BERADA PADA P.A 308O SERTA SEP PADA 8.7".
BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ LYNX.
~ BINTANG R LYNCIS ADALAH SATU BINTANG VARIABLE YANG BERUBAH MAGNITUD DARI +7.20 HINGGA KE MAGNITUD +14.30 DALAM JANGKA MASA 387.75 HARI. IA DIKATEGAORIKAN SEBAGAI "MIRA-TYPE VARIABLE".
PEMERHATIAN:
BURUJ LYNX DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~ DALAM BULAN DISEMBER PADA JAM 12 TENGAH MALAM
~ DALAM BULAN JANUARI PADA JAM 11 MALAM
~ DALAM BULAN FEBRUARI PADA JAM 10 MALAM
~ DALAM BULAN MAC PADA JAM 9 MALAM
~ DALAM BULAN APRIL PADA JAM 8 MALAM
OBJEK 'DEEPSKY':
BURUJ LYNX MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEP SKY' YANG MENARIK.
~ NGC2683 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG BERADA PADA SUDUT 'SISI' (EDGE-ON). NGC2683 SUNGGUH MENARIK DAN AGAK BESAR. IA UMPAMA SEBUAH 'PULAU' UNIVERSAL YANG MENARIK. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI "THE UFO GALAXY" KERANA BENTUKNYA SEPERTI SEBUAH 'PIRING TERBANG' (FLYING SAUCER). NGC2683 MENYERUPAI GALAKSI 'BIMA SAKTI' (MILKY WAY) DAN IA TERDIRI DARIPADA KEBANYAKAN BINTANG-BINTANG 'TUA' BERWARNA KEKUNING-KUNINGAN (OLD YELLOWISH STARS) YANG TERLETAK DI 'PUSAT' GALAKSI. TERDAPAT BAYANG-BAYANG LORONG-LORONG DEBU DI SEPANJANG 'LENGAN-LENGAN' BERPUTAR (SPIRAL ARMS) SERTA MEMPERLIHATKAN BINTIK-BINTIK BERWARNA MERAH JAMBU BERSINAR YANG DIHASILKAN DARIPADA GAS HIDROGEN YANG TER'ION'. NGC2683 BERADA 25 JUTA TAHUN CAHAYA DARI BUMI. IA BERMAGNITUD +9.8 DENGAN KECERAHAN (BRIGHTNESS) +12.9.
~ NGC2549 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERBENTUK KEKACANG (LENTICULAR GALAXY) YANG BERMAGNITUD +11.2 DENGAN KECERAHAN +12.8. IANYA AGAK KABUR TETAPI MEMPUNYAI 'PUSAT' YANG CERAH.
~ NGC2770 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG KELIHATAN PADA 'SISI' (EDGE-ON) SEPERTI NGC2683.. NGC2770 JUGA DIKENALI SEBAGAI "THE SUPERNOVA FACTORY" (KILANG SUPERNOVA) KERANA TERDAPAT 3 SUPERNOVA DI DALAM LINGKUNGAN NGC2770 - SN1999eh, SN2007uy, DAN SN2008D. NGC2770 TERLETAK 88 JUTA TAHUN CAHAYA DARI BUMI DAN IA BERMAGNITUD +12.0.
~ NGC2537 PULA MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI KERDIL (DWARF GALAXY) YANG PADAT BERWARNA BIRU (BCD GALAXY). NGC2537 ADALAH SEBUAH GALAKSI YANG KECIL YANG MENGANDUNGI BANYAK KLUSTER-KLUSTER YANG TERDIRI DARIPADA BINTANG-BINTANG 'MUDA' PANAS (HOT YOUNG STARS) YANG MENYEBABKAN NGC2537 KELIHATAN BERWARNA BIRU. BENTUK NGC2537 MENYERUPAI 'TAPAK KAKI SEEKOR BERUANG'. DI SEBABKAN BENTUKNYA ITU, IA DIKENALI SEBAGAI "THE BEAR PAW GALAXY". NGC2537 BERMAGNITUD +11.7.
HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ LYNX TIDAK MENGHASILKAN SEBARANG HUJAN METEOR (METEOR SHOWER).
SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
"IT IS CLEAR THAT WE NEED TO INSTILL A SENSE OF JOY IN LEARNING SCIENCE."
No comments:
Post a Comment