Friday, May 23, 2014

RENUNGAN JUMAAT

"DAN KAMI JADIKAN MALAM DAN SIANG SEBAGAI DUA TANDA, LALU KAMI HAPUSKAN TANDA MALAM DAN KAMI JADIKAN TANDA SIANG ITU TERANG, AGAR KAMU MENCARI KURNIA DARI TUHANMU, DAN SUPAYA KAMU MENGETAHUI BILANGAN TAHUN-TAHUN DAN PERHITUNGAN. DAN SEGALA SESUATU TELAH KAMI TERANGKAN DENGAN JELAS. DAN TIAP-TIAP MANUSIA ITU TELAH KAMI TETAPKAN AMAL PERBUATANNYA (SEBAGAIMANA TETAPNYA KALUNG) PADA LEHERNYA. DAN KAMI KELUARKAN BAGINYA PADA HARI KIAMAT SEBUAH KITAB YANG DIJUMPAINYA TERBUKA. "BACALAH KITABMU, CUKUPLAH DIRIMU SENDIRI PADA WAKTU INI SEBAGAI PENGHISAB TERHADAPMU"..."

        SURAH AL ISRAA' (MEMPERJALANKAN DI MALAM HARI), JUZUK 15, AYAT 12 - 14


KITA JAGA ALLAH, ALLAH AKAN JAGA KITA. TELAH MENJADI AMALAN DAN ADAT KITA ORANG ISLAM DI MALAYSIA INI, AKAN MENGADAKAN MAJLIS TAHLIL, KENDURI ARUAH, MENZIARAHI KUBUR DAN SEBAGAINYA LAGI BAGI MENGINGATKAN KEPADA ARUAH AHLI KELUARGA KITA YANG TELAH MENINGGAL DUNIA. APABILA SI MATI TELAH MENINGGAL DUNIA, KITA YANG MASIH HIDUP AKAN MELAKUKAN PERKARA-PERKARA DI ATAS BAGI MEMBERI DAN MENSEDEKAHKAN PAHALA KEPADA SI MATI. TETAPI, KITA MESTI INGAT BAHAWA SEMASA KITA HIDUP INI, ALLAH TELAH MEWAJIBKAN KEPADA KITA UNTUK MENDIRIKAN SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM. IA MERUPAKAN TIANG DAN PERKARA YANG AKAN DIHITUNG PERTAMA KALI DI PADANG MAHSYAR NANTI. JIKALAU
KITA TIDAK MELAKUKAN SOLAT, MAKA AMALAN-AMALAN YANG LAIN MENJADI TIDAK BERGUNA. JADI, UNTUK SI MATI, SEKIRANYA SEMASA IA MASIH HIDUP, IA TIDAK MENUNAIKAN PERINTAH ALLAH UNTUK MENGERJAKAN SOLAT, MAKA TIADA GUNANYA BAGI YANG MASIH HIDUP INI MELAKUKAN PERKARA-PERKARA DI ATAS BAGI MENAMBAH PAHALA SI MATI. MAKA KITA YANG MASIH HIDUP INI, JANGAN KITA TINGGALKAN SOLAT WALAUPUN SATU WAKTU. KITA JAGA ALLAH, ALLAH AKAN JAGA KITA.

No comments:

Post a Comment