SEJARAH KEMUNCULAN KOMET HALLEY
837 MASIHI
KEMUNCULAN YANG PALING MENGUJAKAN SEKALI DALAM ERA 'MILINIUM' PERTAMA ABAD MASIHI ADALAH PERJALANAN TERMASUK PERGERAKAN KOMET HALLEY YANG PALING HAMPIR DENGAN BUMI IAITU ANTARA 3 JUTA HINGGA 4 JUTA BATU PADA TARIKH APRIL 9hb, 837 MASIHI (A.D). BERDASARKAN CATATAN DARI SELURUH DUNIA, TIADA SATUPUN KEMUNCULAN YANG DAPAT MENYAINGI KEHEBATAN KEMUNCULAN KOMET HALLEY UNTUK KALI INI. TEMPOH PEMERHATIAN ADALAH DARI MAC 22hb HINGGA APRIL 28hb.
ORANG CINA TELAH MEREKODKAN KEMUNCULAN KALI INI SECARA MELUAS TANPA ADA LAPORAN YANG DAPAT DISANGKALKAN DI SINI. BERIKUT ADALAH PETIKAN DARIPADA REKOD "THE CHIU THANG SHU" MENYATAKAN, "PADA MAC 22hb, BINTANG 'PENYAPU' (BROOM STAR) TELAH MUNCUL LEBIH KURANG 1O DARIPADA BURUJ PEGASUS BERHAMPIRAN DENGAN BINTANG ENIF. IA BERUKURAN LEBIH DARIPADA 10O DAN MENGHALA KE ARAH BARAT. PADA APRIL 6hb, PANJANGNYA MELEBIHI 15O DAN KOMET HALLEY DILIHAT BERGERAK KE ARAH BARAT. PADA APRIL 7hb, PANJANG KOMET HALLEY MENJADI LEBIH DARIPADA 30O DENGAN LEBARNYA LEBIH DARIPADA 5O. PADA APRIL 9hb, IA DIKESAN BERADA DI BURUJ SAGITTARIUS DENGAN PANJANG BERUKURAN LEBIH DARIPADA 75O. EKORNYA KELIHATAN 'BERCABANG' MENJADI 2 ALURAN DI MANA SATU ALURAN MENGHALA KE ARAH BURUJ LIBRA, MANAKALA SATU ALURAN LAGI MENYELUBUNGI BINTANG DELTA SCORPII. PADA MALAM APRIL 11hb, KOMET HALLEY BERUKURAN 90O, TETAPI IANYA TIDAK LAGI BERKEADAAN 'BERCABANG' DAN IA MENGHALA KE ARAH UTARA. PADA APRIL 13hb, KOMET HALLEY DICATATKAN BERUKURAN 120O DAN BERGERAK MENGHALA KE BARAT-LAUT. MENJELANG APRIL 28hb, KOMET HALLEY BERUKURAN 5O... DAN IA BERADA 10O DI ANTARA BINTANG-BINTANG DI DALAM BURUJ HYDRA."
PEMANDANGAN YANG MEMPESONAKAN DARI KEMUNCULAN KOMET HALLEY KALI INI TELAH MELEBIHI KEMUNCULAN KOMET HALLEY YANG TELAH DIREKODKAN TERDAHULU DALAM SEJARAH. APABILA KOMET HALLEY BERADA PALING HAMPIR, IANYA HANYA TERLETAK DI LUAR ORBIT BUMI PADA 'TENGAH MALAM'. BAGAIKAN SATU KERETAPI EKSPRES MELEWATI SATU KERETAPI YANG LAIN, KOMET HALLEY MELINTASI BUMI PADA KELAJUAN YANG AMAT PANTAS, DENGAN LINTASAN 60O DI LANGIT DALAM MASA 24 JAM. KECERAHAN KOMET HALLEY SEMESTINYA SUNGGUH MENGAGUNGKAN MENYAMAI KECERAHAN PLANET ZUHRAH (PLANET VENUS) PADA TAHAP KECERAHAN MAKSIMA, MANAKALA 'EKOR' KOMET HALLEY MENGHALA DARI SELATAN KE UTARA APABILA KOMET HALLEY BERADA PALING DEKAT DENGAN BUMI IAITU HAMPIR MERENTANGI KESELURUHAN LANGIT MALAM.
BERIKUT ADALAH MAKLUMAT KEDUDUKAN KOMET HALLEY.
TARIKH - KEDUDUKAN (RA DAN DEC.) - MAGNITUD
MAC 06 - 22h28m -02.2O - +3.2
MAC 16 - 22h16m -03.3O - +1.7
MAC 26 - 22h07m -04.7O - +1.2
APR 05 - 21h50m -09.5O - -0.4
APR 10 - 19h05m -44.1O - -3.8
APR 15 - 10h41m -06.5O - -0.4
APR 25 - 10h24m -00.5O - +2.6
MEI 05 - 10h24m +00.3O - +4.1
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM atau KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment