Tuesday, May 13, 2014

KOMET HALLEY - SIRI 14

SEJARAH KEMUNCULAN KOMET HALLEY



684 MASIHI

KOMET HALLEY MUNCUL KEMBALI PADA LEWAT MUSIM PANAS DALAM TAHUN 684 MASIHI (A.D), PERTEMBUNGAN DENGAN BUMI BERLAKU SEBELUM KOMET HALLEY MENGHAMPIRI 'JARAK TERDEKAT' (PERIHELION) DENGAN MATAHARI DALAM PERJALANAN ORBITNYA. WALAUPUN BEGITU, KEADAAN TIDAK MENJANJIKAN SESUATU YANG MEMPAMERKAN 'KELAS PERTAMA', NAMUN IA DICATATKAN DENGAN PAPARAN DI DALAM 'THE NUREMBERG CHRONICLES' SE ABAD SELEPAS KEMUNCULAN TERSEBUT. TEMPOH PEMERHATIAN ADALAH ANTARA OGOS 31hb HINGGA OKTOBER 24hb.

DARIPADA REKON CATATAN ORANG JEPUN PULA, KOMET HALLEY TELAH DIKESAN BUAT PERTAMA KALI PADA OGOS 31hb APABILA IA BERADA TIDAK JAUH DARIPADA BINTANG CASTOR DAN BINTANG POLLUX DALAM BURUJ GEMINI. BULAN PADA MALAM ITU DI PERINGKAT 'BULAN PENUH' (FULL MOON) DENGAN MENYIFATKAN KOMET HALLEY BERKECERAHAN PADA MAGNITUD +3.0 YANG DIHITUNG PADA TARIKH TERSEBUT. PADA PERINGKAT AWAL PEMERHATIAN KEMUNCULAN KOMET HALLEY, IA MEMPAMERKAN 'EKOR' YANG AGAK KETARA WALAUPUN CAHAYA BULAN YANG SUNGGUH CERAH 'BULAN PENUH' (FULL MOON) - DI MANA ADA CATATAN MEREKODKAN 'EKOR' YANG SEPANJANG 15O. APABILA KOMET HALLEY MELEWATI 'GABUNGAN' (CONJUNTION) DENGAN MATAHARI MENUJU KE AKHIR MINGGU PERTAMA BULAN SEPTEMBER, 'EKOR' KOMET HALLEY MEMANJANG KE UTARA.

KOMET HALLEY MEMASUKI LANGIT PETANG DAN MENGHAMPIRI 'JARAK TERDEKAT' (PERIHELION) PADA OKTOBER 2hb. IA BERGERAK PANTAS KE ARAH TENGGARA DAN BERADA DI ALTITUD YANG RENDAH DI UFUK SENJA. BEBERAPA REKOD PERISTIWA ORANG CINA PULA MENYIFATKAN 'KENAMPAKAN' KOMET HALLEY BERTAMBAH MELEBIHI DARI 49 HARI, SEHINGGA OKTOBER 24hb. JIKA IA BENAR, KOMET HALLEY SEMESTINYA BERKEADAAN SUNGGUH CERAH, DI MANA PADA TARIKH TERSEBUT, KOMET HALLEY BERADA TERLALU HAMPIR DENGAN MATAHARI IAITU TIDAK LEBIH DARIPADA 6O, YANG MANA ADALAH AGAK MUSTAHIL UNTUK DIKESAN.

ORANG CINA JUGA MENULISKAN BAHAWA CATATAN PEMERHATIAN MENDAPATI MENGESAN KOMET HALLEY PADA AWAL BULAN NOVEMBER DAN SEKALI LAGI DARI BULAN DISEMBER 684 MASIHI (A.D) HINGGA KE BULAN JANUARI 685 MASIHI (A.D). NAMUN, IANYA JELAS MERUJUK KEPADA KOMET ATAU OBJEK YANG LAIN DARIPADA KOMET HALLEY.

BERIKUT ADALAH MAKLUMAT KEDUDUKAN KOMET HALLEY.

TARIKH  -  KEDUDUKAN (RA DAN DEC)  - MAGNITUD
OGOS 19 -  06h16m        +28.0O                 - +5.4
OGOS 29 -  07h28m        +35.2O                 - +3.4
SEPT  03   -  09h26m        +39.7O                 - +2.1
SEPT  08   -  12h52m        +28.1O                 - +1.4
SEPT  18   -  15h32m        - 01.9O                 - +2.2
SEPT  28   -  15h58m        - 10.1O                 - +2.8
OKTO 08  -  15h58m        - 13.7O                 - +3.4
OKTO 18  -  15h51m        - 15.9O                 - +3.1
OKTO 28  -  15h43m        - 17.6O                 - +3.6


 CAMP.ASTRONOMY@GMAIL           atau          KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

No comments:

Post a Comment