CALDWELL 56
C56 (NGC 246)
BURUJ:
CETUS
KELAS:
PLANETARI NEBULA
(PLANETARY NEBULA)
LOKASI:
00h 47m 03s
-11o 52' 18"
JARAK:
1,600 TAHUN CAHAYA
SAIZ:
3'.8 X 3'.8 (arcminute)
MAGNITUD:
+8.00
INFO:
CALDWELL CATALOGUE ATAU KATALOG CALDWELL ADALAH SEBUAH KATALOG ASTRONOMI YANG MENGANDUNGI SEBANYAK 109 BUAH OBJEK YANG TERDIRI DARIPADA KLUSTER BINTANG-BINTANG, NEBULA DAN JUGA GALAKSI UNTUK PEMERHATIAN BAGI ASTRONOMI AMATUR. SENARAI INI TELAH DIHIMPUNKAN OLEH PATRICK MOORE SEBAGAI USAHA PELENGKAP KEPADA MESSIER CATALOGUE ATAU KATALOG MESSIER. MOORE MENGGUNAKAN NAMA KELUARGA (SURNAME) - CALDWELL - KEPADA NAMA SENARAI KATALOGNYA, MEMANDANGKAN ABJAD 'M' TELAH DIGUNAKAN KEPADA "MESSIER CATALOGUE". MAKA, KATALOG CALDWELL DIMULAKAN DENGAN HURUF 'C'.
C56 TELAH DITEMUI OLEH WILLIAM HERSCHEL DALAM TAHUN 1785. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI "THE SKULL NEBULA" ATAU JUGA SEBAGAI "THE PACMAN NEBULA" KERANA SUSUNAN BINTANG 'TENGAH' NYA DAN JUGA BINTANG-BINTANG YANG TERDAPAT DISEKELILINGNYA. BINTANG 'TENGAH' MERUPAKAN SEBUAH 'BINTANG KERDIL' (DWARF STAR) BERWARNA PUTIH. C56 ADALAH SEBUAH NEBULA YANG BERADA DI KAWASAN YANG AGAK KOSONG ATAU KEKURANGAN BINTANG-BINTANG DI DALAM BURUJ CETUS. INTERAKSI DENGAN BAHAN 'INTERSTELLAR' MEMPERLIHATKAN BAHAGIAN TIMUR C56 KELIHATAN LEBIH BERCAHAYA JIKA DIBANDINGKAN DENGAN BAHAGIAN BARAT. STRUKTUR YANG TERDAPAT PADA BAHAGIAN DALAM C56 DAN JUGA STRUKTUR YANG AGAK GANJIL DI DALAM NEBULA ADALAH DIJANGKAKAN TERJADI DISEBABKAN OLEH 'RENJATAN' APABILA ANGIN 'INTERSTELLAR' BERINTERASI DENGAN 'BAHAN-BAHAN' YANG TERDAPAT DALAM C56.
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment