Saturday, August 13, 2016

OBJEK DI LANGIT - SIRI 161


CALDWELL 51
C51 (IC 1613)



BURUJ:
CETUS

KELAS:
GALAKSI KERDIL
(DWARF GALAXY)

LOKASI:
01h 04m 47s
+02o 07' 04"

JARAK:
2.38 JUTA TAHUN CAHAYA

SAIZ:
16'.2  X  14'.5  (arcminute) 

MAGNITUD:
+9.90

INFO:
CALDWELL CATALOGUE  ATAU KATALOG CALDWELL  ADALAH SEBUAH KATALOG ASTRONOMI YANG MENGANDUNGI  SEBANYAK 109 BUAH OBJEK YANG TERDIRI DARIPADA KLUSTER BINTANG-BINTANG, NEBULA DAN JUGA GALAKSI UNTUK PEMERHATIAN BAGI ASTRONOMI AMATUR. SENARAI INI TELAH DIHIMPUNKAN OLEH PATRICK MOORE  SEBAGAI USAHA PELENGKAP KEPADA MESSIER CATALOGUE  ATAU KATALOG MESSIERMOORE MENGGUNAKAN NAMA KELUARGA (SURNAME) - CALDWELL - KEPADA NAMA SENARAI KATALOGNYA, MEMANDANGKAN ABJAD 'M'  TELAH DIGUNAKAN KEPADA "MESSIER CATALOGUE".  MAKA, KATALOG CALDWELL  DIMULAKAN DENGAN HURUF 'C'.

C51 TELAH DITEMUI OLEH MAX WOLF  PADA TAHUN 1906. IA ADALAH SALAH SATU AHLI KUMPULAN 'THE LOCAL GROUP'  YANG TERDIRI DARIPADA LEBIH DARI 54 GALAKSI YANG TERLETAK ANTARA 'BIMA SAKTI' (THE MILKY WAY)  DENGAN 'GALAKSI ANDROMEDA' DI MANA KEBANYAKAN GALAKSI-GALAKSI INI ADALAH 'GALAKSI KERDIL' (DWARF GALAXY). SELAIN DARIPADA 'THE MAGELLANIC CLOUDS', GALAKSI DENGAN JENIS 'RR LYRAE-TYPE VARIABLE'  BOLEH JUGA DICERAP HANYA DI GALAKSI 'THE LOCAL GROUP DWARF'.







CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM

KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM





No comments:

Post a Comment