CALDWELL 54
C54 (NGC 2506)
BURUJ:
MONOCEROS
KELAS:
KLUSTER TERBUKA
(OPEN CLUSTER)
LOKASI:
08h 00m 02s
-10o 46' 11"
JARAK:
11,300 TAHUN CAHAYA
SAIZ:
7'.0 X 7'.0 (arcminute)
MAGNITUD:
+7.60
INFO:
CALDWELL CATALOGUE ATAU KATALOG CALDWELL ADALAH SEBUAH KATALOG ASTRONOMI YANG MENGANDUNGI SEBANYAK 109 BUAH OBJEK YANG TERDIRI DARIPADA KLUSTER BINTANG-BINTANG, NEBULA DAN JUGA GALAKSI UNTUK PEMERHATIAN BAGI ASTRONOMI AMATUR. SENARAI INI TELAH DIHIMPUNKAN OLEH PATRICK MOORE SEBAGAI USAHA PELENGKAP KEPADA MESSIER CATALOGUE ATAU KATALOG MESSIER. MOORE MENGGUNAKAN NAMA KELUARGA (SURNAME) - CALDWELL - KEPADA NAMA SENARAI KATALOGNYA, MEMANDANGKAN ABJAD 'M' TELAH DIGUNAKAN KEPADA "MESSIER CATALOGUE". MAKA, KATALOG CALDWELL DIMULAKAN DENGAN HURUF 'C'.
C54 TELAH DITEMUI OLEH WILLIAM HERSCHEL PADA 23hb FEBRUARI, 1791. IA TERDIRI DARIPADA BINTANG-BINTANG YANG AGAK MALAP TETAPI HIMPUNAN BINTANG-BINTANG YANG MEMBENTUK C54 MEMBUATKANNYA KELIHATAN CERAH. KLUSTER TERBUKA M48 YANG BESAR TERLETAK 6o TIMUR-LAUT C54 SERTA PASANGAN KLUSTER TERBUKA M46 DAN M47 BERADA 6o DI BAHAGIAN BARAT-DAYA C54. IA MENGANDUNGI SEKURANG-KURANGNYA 150 BINTANG YANG MANA KELIHATAN BINTANG-BINTANG TERSEBUT LEBIH 'PADAT' DI BAHAGIAN 'SISI' JIKA DIBANDINGKAN DENGAN BAHAGIAN 'TENGAH'.
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment