Friday, August 19, 2016

OBJEK DI LANGIT - SIRI 163


CALDWELL 53
C53 (NGC 3115)


BURUJ:
SEXTANS

KELAS:
GALAKSI KEKACANG
(LENTICULAR GALAXY)

LOKASI:
10h 05m 14s
-07o 43' 07"

JARAK:
32 JUTA TAHUN CAHAYA

SAIZ:
7'.2  X  2'.5  (arcminute) 

MAGNITUD:
+9.90

INFO:
CALDWELL CATALOGUE  ATAU KATALOG CALDWELL  ADALAH SEBUAH KATALOG ASTRONOMI YANG MENGANDUNGI  SEBANYAK 109 BUAH OBJEK YANG TERDIRI DARIPADA KLUSTER BINTANG-BINTANG, NEBULA DAN JUGA GALAKSI UNTUK PEMERHATIAN BAGI ASTRONOMI AMATUR. SENARAI INI TELAH DIHIMPUNKAN OLEH PATRICK MOORE  SEBAGAI USAHA PELENGKAP KEPADA MESSIER CATALOGUE  ATAU KATALOG MESSIERMOORE MENGGUNAKAN NAMA KELUARGA (SURNAME) - CALDWELL - KEPADA NAMA SENARAI KATALOGNYA, MEMANDANGKAN ABJAD 'M'  TELAH DIGUNAKAN KEPADA "MESSIER CATALOGUE".  MAKA, KATALOG CALDWELL  DIMULAKAN DENGAN HURUF 'C'.

C53 TELAH DITEMUI OLEH WILLIAM HERSCHEL PADA 22hb FEBUARI, 1787. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'THE SPINDLE GALAXY' DENGAN SAIZNYA BEBERAPA KALI LEBIH BESAR DARIPADA SAIZ GALAKSI BIMA SAKTI (THE MLKY WAY). C53 MENGANDUNGI 'CAKERA' (DISK) SERTA BINTANG-BINTANG YANG BERADA DI BAHANGIAN TENGAH YANG MEMBONJOL TANPA MEMPUNYAI BENTUK 'BERPUTAR' YANG DAPAT DIKESAN. IA KELIHATAN BERADA DI 'SISI' (EDGE-ON) APABILA DICERAP DARI BUMI. TERDAPAT TERLALU SEDIKIT GAS DAN DEBU YANG TINGGAL BAGI MENCETUSKAN FORMASI BINTANG-BINTANG YANG BAHARU. MAJORITI KANDUNGAN BINTANG-BINTANG YANG REDAPAT DI C53 ADALAH TERDIRI DARIPADA BINTANG-BINTANG YANG TELAH TUA (OLD STARS) SERTA TERDAPAT SEDIKIT ATAU TIADA AKTIVITI PEMBENTUKAN BINTANG BAHARU. HOLONG HITANG YANG AGAK BESAR TELAH DAPAT DIPERHATIKAN DI C53.







CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM

KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM





No comments:

Post a Comment