CALDWELL 55
C55 (NGC 7009)
BURUJ:
AQUARIUS
KELAS:
PLANETARI NEBULA
(PLANETARY NEBULA)
LOKASI:
21h 04m 10s
-11o 21' 48"
JARAK:
3,900 TAHUN CAHAYA
SAIZ:
4'.1 X 3'.5 (arcminute)
MAGNITUD:
+8.00
INFO:
CALDWELL CATALOGUE ATAU KATALOG CALDWELL ADALAH SEBUAH KATALOG ASTRONOMI YANG MENGANDUNGI SEBANYAK 109 BUAH OBJEK YANG TERDIRI DARIPADA KLUSTER BINTANG-BINTANG, NEBULA DAN JUGA GALAKSI UNTUK PEMERHATIAN BAGI ASTRONOMI AMATUR. SENARAI INI TELAH DIHIMPUNKAN OLEH PATRICK MOORE SEBAGAI USAHA PELENGKAP KEPADA MESSIER CATALOGUE ATAU KATALOG MESSIER. MOORE MENGGUNAKAN NAMA KELUARGA (SURNAME) - CALDWELL - KEPADA NAMA SENARAI KATALOGNYA, MEMANDANGKAN ABJAD 'M' TELAH DIGUNAKAN KEPADA "MESSIER CATALOGUE". MAKA, KATALOG CALDWELL DIMULAKAN DENGAN HURUF 'C'.
C55 TELAH DITEMUI OLEH WILLIAM HERSCHEL PADA 7hb SEPTEMBER, 1782. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI "THE SATURN NEBULA" DAN MENDAPAT PANGGILAN TERSEBUT DISEBABKAN PENAMPILANNYA MENYERUPAI KEPADA PLANET ZURAH (PLANET SATURN) YANG MEMPUNYAI GEGELANG (RINGS) DI SISI. C55 KELIHATAN BERWARNA HIJAU-KEKUNINGAN DENGAN ASALNYA BINTANG 'BERKEPADATAN RENDAH' TELAH MELEPASKAN LAPISAN KE ANGKASA DAN MEMBENTUK NEBULA. BINTANG 'TENGAH' ADALAH SEBUAH BINTANG KERDIL (DWARF STAR) YANG CERAH DENGAN MAGNITUD +11.5. C55 TERDIRI DARIPADA 'LINGKARAN CAHAYA' (HALO), 'ALIRAN SEPERTI JET' (JET-LIKE STREAMS), RANGKA LUAR YANG BERBILANG (MULTIPLE SHELLS), 'PEMEGANG' ATAU "ONSAE" (HANDLES), CAHAYA-CAHAYA HALUS (FILAMENTS) SERTA 'IKATAN' (KNOTS). DIPERCAYAI NEBULA INI BERASAL DARIPADA BINTANG TENGAH, BINTANG KERDIL, YANG SANGAT PANAS BERWARNA KEBIRU-BIRUAN.
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment