CALDWELL 49
C49 (NGC 2237)
BURUJ:
MONOCEROS
KELAS:
NEBULA PANCARAN
(EMISSION NEBULA)
LOKASI:
06h 33m 45s
+04o 59' 54"
JARAK:
5,200 TAHUN CAHAYA
SAIZ:
8'.0 x 5'.0 (arcminute)
MAGNITUD:
+9.00
INFO:
CALDWELL CATALOGUE ATAU KATALOG CALDWELL ADALAH SEBUAH KATALOG ASTRONOMI YANG MENGANDUNGI SEBANYAK 109 BUAH OBJEK YANG TERDIRI DARIPADA KLUSTER BINTANG-BINTANG, NEBULA DAN JUGA GALAKSI UNTUK PEMERHATIAN BAGI ASTRONOMI AMATUR. SENARAI INI TELAH DIHIMPUNKAN OLEH PATRICK MOORE SEBAGAI USAHA PELENGKAP KEPADA MESSIER CATALOGUE ATAU KATALOG MESSIER. MOORE MENGGUNAKAN NAMA KELUARGA (SURNAME) - CALDWELL - KEPADA NAMA SENARAI KATALOGNYA, MEMANDANGKAN ABJAD 'M' TELAH DIGUNAKAN KEPADA "MESSIER CATALOGUE". MAKA, KATALOG CALDWELL DIMULAKAN DENGAN HURUF 'C'.
C49 TELAH DITEMUI OLEH LEWIS SWIFT DALAM TAHUN 1865. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'THE ROSETTE NEBULA' YANG MANA MERUPAKAN SEBUAH NEBULA YANG BESAR SERTA BERBENTUK BULAT (SPHERICAL) BERKEDUDUKAN BERHAMPIRAN DENGAN SATU HUJUNG YANG BERTENTANGAN DENGAN 'AWAN MOLEKUL' DI 'BIMA SAKTI' (THE MILKY WAY). KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) NGC 2244 MEMPUNYAI HUBUNGKAIT YANG SANGAT RAPAT DENGAN C49.
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment