CALDWELL 52
C52 (NGC 4697)
BURUJ:
VIRGO
KELAS:
GALAKSI BUJUR
(ELLIPTICAL GALAXY)
LOKASI:
12h 48m 35s
-05o 48' 03"
JARAK:
44 JUTA TAHUN CAHAYA
SAIZ:
4'.4 X 2'.8 (arcminute)
MAGNITUD:
+9.90
INFO:
CALDWELL CATALOGUE ATAU KATALOG CALDWELL ADALAH SEBUAH KATALOG ASTRONOMI YANG MENGANDUNGI SEBANYAK 109 BUAH OBJEK YANG TERDIRI DARIPADA KLUSTER BINTANG-BINTANG, NEBULA DAN JUGA GALAKSI UNTUK PEMERHATIAN BAGI ASTRONOMI AMATUR. SENARAI INI TELAH DIHIMPUNKAN OLEH PATRICK MOORE SEBAGAI USAHA PELENGKAP KEPADA MESSIER CATALOGUE ATAU KATALOG MESSIER. MOORE MENGGUNAKAN NAMA KELUARGA (SURNAME) - CALDWELL - KEPADA NAMA SENARAI KATALOGNYA, MEMANDANGKAN ABJAD 'M' TELAH DIGUNAKAN KEPADA "MESSIER CATALOGUE". MAKA, KATALOG CALDWELL DIMULAKAN DENGAN HURUF 'C'.
C52 TELAH DITEMUI OLEH WILLIAM HERSCHEL PADA TAHUN 1784. IA MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI YANG CERAH SERTA AMAT BESAR. IA JUGA MERUPAKAN SALAH SATU AHLI DALAM 'THE NGC4697 GROUP' YANG MANA ADALAH KUMPULAN GALAKSI YANG MENGANDUNGI NGC 4731 SERTA BEBERAPA GALAKSI-GALAKSI YANG LEBIH KECIL SECARA KESELURUHANNYA. IA JUGA TERKANDUNG DALAM 'THE VIRGO II GROUPS' YANG TERBENTUK DI BAHAGIAN SELATAN UNJURAN DARI 'THE VIRGO SUPERCLUSTER OF GALAXIES'.
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment